Selasa, 10 Jun 2014

Biskut Pretzel

Assalamualikum kepada semua pembaca blog WN yang dihormati, semoga rakan rakan semua sentiasa sihat disamping keluarga di musim cuti2 sekolah ni. Macam biasa selain daripada bawa anak anak balik ke kampung bercuti ke rumah atuk dan nenek ,,,,hobi baru akak tetap diteruskan,, hihi,, mencuba segala resepi di blog masakan,,, google saja macam macam keluar.

Percubaan pertama membuat biskut pretzel yang terhangat di pasaran. Agak susah juga nak dapat biskut pretzel yang dah siap ready made nii,, kena tunggu stok sampai pulak. Apa taknye,,, orang yang membeli dan memborong tuu,, bukannya membeli 1 plastik macam akak yang baru nak mencuba ni,,, boleh dikatakan,, semuanya memborong  berkotak besar,, haha,, aduyai,, rasa nak tergelak pulak bila dah ada hobi baru nii. 




Bahan bahan yang diperlukan seperti di atas,,, ramai geng masakan yang beritahu kalau nak rasa coklat yang best,,,, guna coklat beryls seperti di atas. Ada macam macam warna,, strawberry, hijau apple cuma pilih ajelah apa yang anak suka makan. Lepas tu beli gula hiasan yang manik manik tuu,,, emmm ada macam macam jenis gula hiasan,,, ikutlah citarasa masing masing.

Ini senarai harga barang di atas, akak beli di yummie bakery, mini pretzels 13.50rm, beryls coklat 15.50rm, gula hiasan sebotol 2.90 rm, tengok dari harga barang pun dah tahu barang mahal kan,, so kalau nak murah cubalah buat sendiri ,, hihi.



 Cunnnn tak,,,,,,,



 Budak budak cuti sekolah ni , bolehlah tolong emak celup pretzel tuu,,, nak strawbery ke, coklat ke,,,haa lepas tuu terus tabur gula2 hiasan tuu,,,, ok la tuu kan,,, sikit senget atau tak kemas tak mengapa,,anak anak baru nak belajar mencelup cokelat,,,dah pandai dah arissa tolong mama,,,,alamak lupalah nak bagitahu,, coklat tu masak atas api yee,,, guna double boiler agar kelikatannya sekata.





Ok,, selamat mencuba untuk biskut raya tahun nii, mesti gempak dan mendapat pujian. Bye2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...