Rabu, 16 Oktober 2013

Cuci Mata Tengok Barang Lama Part 1,,, Sate Kajang Hj. Samuri

Bertemu kembali kepada semua sahabat setia pembaca WN. Harini nak bercerita tentang restoran sate kajang Haji Samuri di  pekan Kajang yang popular tuu bersebelahan stadium Kajang. Kalau dulu sebelum saya berminat dalam mengumpul barangan pinggan mangkuk lama nii,, bila pergi ke sini, apa yang penting ialah makan sate terutamanya sate ayam yang sedap tuu,,, tapi bila dah termengumpul barang barang buruk nii,,, sekali lagi pergi ke sini memang tujuan asal nak mencuci mata sambil makan sate. 


Hahaha,,, memang ada nilai antiknya yang tersendiri di restoran sate kajang Hj. Samuri di tingkat bawah dan tingkat satu di bangunan Dato' Nazir ni . Barang barang yang dipamirkan disini  memang susah didapati apalagi pada masa sekarang dengan harga pasaran yang semakin tinggi. Jomlah cuci mata datang ke restoran Hj. Samuri di Kajang ni. Best tawww,,,,tapi yang tak bestnya selalu terlebih ramai orang terutamanya pada hujung minggu.



Restoran Sate Kajang Hj. Samuri 
Lot 1,2 & 3 Tingkat Bawah & Tingkat 1, 
Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab, 
43000 Kajang, 
Selangor Darul Ehsan

Memandangkan kami tersilap hari datang,, hahaha apalagi cuti umum so memang sudah dijelaskan masa untuk penghantaran sate dalam lingkungan 45 minit,,,,, adoiiii so alang alang dah sampai sini,,,, kerja akak tangkap gambar aje lah,,, nasib baik pak encik sporting boleh jaga syahirah kejap. Agak susah jugak masa ni ramai pula orang berkunjung ke sini,, nak ambik gambar pun jadi terhegeh hegeh,,, kamera pula biasa2 aje,, hihihi tapi  apa yang penting adalah gambar gambar barangan lama kan,,,,,,,,,bukan senang nak tengok khazanah lama seperti ini,, jom lihat,,,,



Mesin taip lama dan radio lama



Pelbagai reta karun, hahaha




Mesin jahit lama



Periuk belanga, tempayan dan lain lain




Paling suka semua barang barang nii,,,,,





Gramaphone ade corong pendek dan panjang,,, kalau ada petugas restoran yang mainkan lagu tanpa henti di gramaphone tuuu,, tentu bestkan,,,,hahaha,,




Paling suka tengok seterika tembagaa tuuu,, takde lagi dalam koleksi tuan rumah,,,kikiki



Basikal tua





Pelbagai lampu gasolin lama, seterika tembaga, jam lama dan perhiasan yang lain,,,,diletakkan dalam almari, kalau tak nanti ade pulak yang mengangkut,,,,



Hiasan dikepala tingkap



Kombinasi warna kaca yang menarik,,, tingkap pun nampak lawa sangat,,,, suka dengan gaya gaya macamnii,,,

Ok kita sambung lagi cerita nii,, ada banyak gambar menarik lagi,,, tuan rumah nak balik kampung berhari raya aidil adha,,, selamat beraya ya,,,, bye2.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Koleksi Susu Dutch Lady

Salam kepada semua sahabat pembaca WN. Mood terlebih rajin harini. Nak share juga koleksi susu jenama dutch lady yang baru habis promosi sebelum raya puasa lepas. Dari anak yang besar hingga yang kecik memang suka minum susu kotak dutch lady ni tak kiralah apa perasa,, full cream, strawbery, coklat semua anak anak minum. Memanglah ada stok kat rumah,, hahaha. Biasanya kalau takde promosi pasal hadiah percuma,, saya tak simpan pun barcod dekat belakang kotak susu tuu,, selalunya lepas budak budak minum, terus aje buang dalam tong sampah. 

Tup tup terpandang iklan kat dalam suratkhabar,,, ada promosi tebus dan menang,,, tapi peraduan pulak tinggal lagi 2 minggu,,,, hadoiii menyesal akak tak kumpul barcod dibelakang kotak susu tuu. So sekarang nii ,,, dah pandailah kena standby awal awal,,,, kotak susu dutch lady tak boleh buang selagi mama tak gunting barkodnya,,,tapi itu hanya di rumah laa kalau di sekolah boleh buang saja. Gelak anak anak akak bila tengok bersebelahan sinki dapur ada satu tuperware untuk diisi kertas barkod susu tuu.

Tak silap saya pada tahun 2010 ada juga promosi macam nii,,, masa tu dapat banyak tuperware dan set garfu, sudu, pisau dan sudu teh. Semua dah sumbat dalam kotak,,,masa tu dapat tau awal tentang peraduan tebus dan menang tuu,,,memang lumayan habisss,,,

So tahun nii dapatlah hadiah ala kadar je,, jom lihat,,,,


Dapat 3 ketul je tupperware besar nii,,

Corak didepannya,,,, lawa kannnn,,,,

Yang biru pun dapat 3 ketul juga,,,


Cop mohor,,,,,,


Tuala muka yang panjang,,,, tapi bukan tuala mandi ye,,,



Payung memang cun,,, 


Tahun ni punye tema kot,,,,



Gelas gelas ni pun dapat kumpul masa tempoh promosi juga di Giant,, rasanya kalau kita nak minta sekarang pun diaorang tak bagi,, tapi masih di pamerkan diruangan kaunter hadiah free gift. Beli susu dutch lady 3 kotak besar yang ada 6 kotak susu dalam satu kotak,, barulah boleh dapat segelas cawan nii,,,,



Bolehlaa buat gelas minum minum di hari raya,,, hahaha,,

Bye2.

Heepppyy Ulang Tahun Perkahwinan

Salam mesra untuk pembaca blog WN. Diharap semuanya sihat sihat selalu ye,,,, bercerita tentang bulan oktober memanglah kenangan manis bagi saya,,,, 1,2 dan 3 oktober adalah hari nikah, bersanding dirumah keluarga saya dan keluarga suami. Macam biasa kena beli hadiah untuk diri sendiri dulu. Hahaha,,, hadiah dari encik suami ,,,,alhamdulillah dapat juga almari lama dan teko kotak lama as per request,,,, barang lama juga tetap jadi pujaan hatiku,, hahahah. Kira ngam ngam budgetlah  dalam 1k,, ok kan dari minta habib bling2,,,,,,almari masih dalam proses mengemas, tak tau nak letak teko apa,,,, tengah cari idea lagi,,, so buat masa nii kita tengok gambar trio FOTM ajelah ye,,,,,,




Ulang tahun perkahwinan yang ke 14 tahun,,,,,anak dah 5 orang,,,, cukuplah tuu,, umur dah mencecah ke 4 angka,,,,,,, terima kasih kepada encik suami yang memahami hobi saya berserta juga anak anak yang tidak mengacau pingan, mangkuk, teko, cawan, pelita dan lain lain barang mama,,,, hahaha,, walaupun kadangkala diletakkan sebagai hiasan di tepi sudut ruang tamu.






Tahun ni takde nak potong kek macam selalu,, hanya makan makan bersama keluarga di restoran yang exlusiff" aje,,, hahahah,,,jimat lah tuukan,, kalau beli kek dah terang terang harga secret recipe mesti terbang dalam 90hengget,,, so pilih menu2 makanan yang sedap lagi best,,,, kenyang lagikk,,,



Semoga perkahwinan kita kekal abadi hingga ke syurga.

Colgate dan Angry Birds,,,,,

Salam mesra kepada semua pembaca WN. Semoga anda semua sihat selalu disamping tugas seharian dan keluarga masing masing. Lama pulak saya tak update blog nii,,,, idea takde pulak nak bercerita. So harini nak cerita tentang promosi ubat gigi colgate ni. Rasa saya minggu sebelumnya di Giant ada promosi beli 2 pek berkembar colgate,, dapat mangkuk besar angry birds,,,,,, tup tup hujung minggu lepas saya berjalan jalan di Jusco,, ade promosi lain pula,,,, beli 2 pek berkembar colgate dapat 1 mug angry birds pulak,,,,, adoiiii.  Cuba tengok gambar gambar kat bawah nii,,, semuanya lawaaa,,,, sediakan duit aje untuk membeli,,,,






Baru dapat seketul mangkuk aje,,,kena beli lagi satu pek berkembar nak dapatkan muka angry birds merah yang lawa tuu,,,





Zoom gambar,,,,,,lawa kannnn,,,,hahaha




Macamana nii,,, ada 4 mug nak kumpul,,, sampai tahun depanlah nampaknya stok ubat gigi colgate,,,,



Gambar depan dan belakang,, ada 1 design mug aje kat jusco sini,,, hihihi. Selamat duit,,, kalau tak semua sekali nak borong,,, hahaha

Tengok tengok,,, sekarang ada promosi dapat mug free bila pembelian lebih 100 henngeett untuk aeon jusco member,, limited edition lagi,,, so apalagi mug free,,, ambik jangan tak ambik,,,,,ni dia,,,, memang lawaaaa.





Ok,, hingga jumpa lagi,,, bye.

Isnin, 30 September 2013

Telur Ayam Menetas

Hai semua kawan kawan,,, nak cerita lagi tentang bercuti di kampung tempohari. Sangat suka kerana dapat merakam gambar ayam kampung yang lepas mengeram nii,, jom tengok gambar.




Cute miut anak ayam tuu,,, takut nak pegang sebab nampak emaknya garang dah bersedia untuk mematuk,,, hahaha,, nak ambik gambar pun susah,,,,



Enjoy pictures,,,,, bye bye.

Pokok Pisang, Cili Padi dan Pokok Kopi

Selamat sejahtera kepada semua pembaca WN. Semoga pembaca semua di luar sana sentiasa ceria dan sihat selalu. Kita sambung balik cerita tentang bercuti di kampung sempena cuti hari Malaysia lepas. Macam biasa, bila cuti cuti begini barulah boleh bawa anak anak meninjau ke kebun emak di belakang rumah tuu. Bolehlah suruh anak anak mengenali jenis jenis tanaman dari segi bentuk, warna, lebar daun, bau dan sebagainya. Jom lihat  gambar.




Wahh kalau dah masak pisang nii,, sedapnye kalau buat cengkodok,,,,





Cili padi hijau dan merah,,,, ni dah bolehlah  kalau nak berniaga jual kat pasar malam,, hahaha





Pokok dan buah kopi



Ubi kayu yang akan direbus untuk dimakan masa minum petang nanti,,, yummy yummy ,,, dap nye.

Ok kita jumpa di lain catatan ye,,, bye.