Jumaat, 28 Mei 2010

Release Tension Part 2



Salam semua. Bertemu kembali. Nak sambung cerita cuti kat Bali haritu. Kelihatan restoren di atas sememangnya menyediakan makanan minang iaitu nasi padang yang paling classe" gituu. Cubalah tengok tempat yang saya posing tu "surrounding"nye memang cantik . Mengikut kata ketua rombongan makanan nasi padang kat sini bertarap lima bintang. Entahlah yang penting janji cuti cuti kat Bali ni saya dan suami dapat makan dan ianya adalah halal. Memandangkan penduduk di sini adalah beragama hindu makanya memang susah nak cari makanan halal kat sini biasanya para pengunjung memang "prefer' makan nasi padang aje.


Antara kenangan yang saya tak boleh lupa dekat restoren minang ni ialah nasi padang dan lauk pauknya di sajikan dalam pinggan lama (saya rase laa) berbunga bunga ros hitam lai tapi bukan spesis macam Malaysia nye, kot versi Indon agaknye tapi saya sempat lai membelek belek memang made in Indon. Itulah yang di katakan pengumpul tegar pinggan mangkuk masih ada masa lagi nak curi curi pandang. Nasib baik suami tak cakap ape ape pun. Kih kih kih.









Gambar ini pula di ambil di Pantai Jimbaran selepas menikmati matahari terbenam dan selepas makan malam. Kelihatan pasangan ini di hiburkan oleh para pemuzik yang menyanyi sambil memetik gitar. Nyanyiannya ala ala hawai jee.







Ini ialah tarian "kecak kecak". Tengok tu penarinye berkecak kecak dengan lirikan mata yang memukau ,melentikkan badan dan tangan persis penari profesional dan saya amat terhibur melihat gaya persembahan tarian tradisional Bali ni.




Yang ini pula tarian dipertontonkan sebelum tarian "kecak kecak" bermula. Saya rasa tarian "warming up" dulu kot yela perut dah penuh dengan makanan laut ketam, udang, ikan bakar jadi kenalah tengok tarian yang lemah gemalai dulu barulah makanan boleh turun ke perut dengan senang. Lihat di awan sana masih jelas sedikit demi sedikit matahari dah mula nak terbenam.






Gambar yang ini pula di ambil di Uluwatu iaitu salah satu tempat yang pasti dikunjungi kalau dah sampai ke Bali ni. Sebelum dapat menikmati pemandangan indah dari atas bukit ni kenalah naik tangga lenguh jugak kaki di buatnya. Sebelum itu setiap pengunjung yang ingin naik ke atas di mestikan memakai kain seakan akan tali pinggang yang perlu di lilit di pinggang sebagai adat menghormati salah satu tempat suci orang orang Bali di sini.


Apa yang menakutkan di sini adalah terdapatnya banyak monyet monyet liar di sepanjang laluan tangga untuk naik ke atas bukit ini. Mereka akan mengambil ape saja kamera, tudung, beg tangan, klip rambut atau benda benda yang menarik perhatian si monyet ni. Saya memang cuak dan takut betul kat monyet monyet ni. Banyak betul, mengikut ketua rombongan pengunjung tidak dibenarkan memarahi atau memaki hamun monyet ni kerana mereka telah berkurun lama tinggal di sini.



Tiada pagar atau pengadang tembok di tepi bukit bukit ni, jadi kalau nak mengambil gambar memang kena berhati hati. Cantikkan pemandangan di atas sesekali cuci mata apa salahnya. Ok lah untuk minggu ni ya, jumpa di minggu depan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan