Ahad, 30 Mei 2010

CUCI MATA

Bertemu kembali.N3 kali ni nak tunjukkan sebahagian koleksi abg Din dan kak Gee. Alaah tak kenal ke,blogger antik,non blogger atau silent reader area KL dan Selangor mesti kenalkan , mereka berdua ni berniaga di stadium Shah Alam pada hari ahad dan sabtu di MAHA, Serdang.Jom kita jamu mata tengok koleksi mereka. Mengikut kata kak Gee beliau telah mengumpulkan koleksi pinggan mangkuk ni semenjak 12 tahun yang lalu dan koleksi pelita dah 8 tahun.Jauh beza gan aku baru tahun lepas.Kih kih kih.Jangan gelak yek.
Wah banyaknye pelita kak Gee ni. Ade yang aku tak pernah nampak pun kat blog kawan kawan.Kat Lia cantiq atau Eija tokey pelita ade tak?



Tengok pelita yang bulat tu. Entah datang dari negeri mana aku pun tak tau.Aku paling suka gan aladin yang rose tu.Meminang berapa kali pun aku rasa kak Gee tak akan jual, betul tak kak Gee.Terfikir lak aku bilalah aku nak kumpul pelita pelita banyak camni.Koleksi pelita aku boleh dikira gan jari sepuluh, itupun si Eija yang supplykan.






Tengok tu koleksi tureen abg Din dan kak Gee.Ade kelaccc tak?Macam macam ada kan.Teko kotak tak terkecuali. Aku takde langsung teko kotak.Hati yang berkotak kotak nak membeli adalah tapi maklumlah nama pun surirumah tak bekerja mana mampu nak beli. Nak nangis taw.







Amboi mak datukk, tengok tu berduyun duyun teko pelbagai bunga hinggap dekat lemari antik abg Din dan kak Gee ni.Macam tula memang sesuai citarasa dan hobi sehati sejiwa pasangan otai antik ni.Tahniah yea warisan nenek ke atau warisan zaman berzaman ke memang patut di simpan untuk anak cucu nanti menatap teko teko dan pinggan lama ni.



Ha ha ha ni gambar yang aku paling suka sekali bunga kangkung."Amboi manyak betoi la " koleksi kak Gee ni.Tengok tu semua ade.Kepada geng geng antik area KL jangan serbu lak rumah kak Gee ni nak beli sugar bowl dan creamer tuu sebab yang tu aku dah cop dulu.Jangan mare ye abg Din, kak Gee gurau je.


Diharapkan paparan kali ini boleh mencuci mata kekawan ye.Selamat berhari minggu.




2 ulasan:

  1. salam aina,wow,bestnya dapat tgk depan mata semua koleksi hebat2.tkasih jugak,sebab bila tgk macam ni,barulah beri inspirasi,bagi semangat baru nak terus kumpul.kalau tak,semangat dah makin tumpul...hehe..

    BalasPadam
  2. Kak Aina,

    Banyak gak teko yg kak gie beli dari saya tu..hehe

    BalasPadam