Sabtu, 15 Mei 2010

Salam Perkenalan





Selamat berkenalan kepada semua sahabat di alam maya yang mempunyai hobi suka mengumpul barangan lama . Saya cukup teruja apabila melihat blog-blog anda semua yang dipenuhi dengan pelbagai corak bunga di pinggan, himpunan teko teko , mangkuk, tin lama dan sebagainya yang mengimbau kembali nostalgia lama saya semasa zaman kanak-kanak dahulu bersama datuk dan nenek.


Bermula dengan hanya membaca secara suka suka dan melihat gambar di blog rakan-rakan maya sekelian maka sedikit sebanyak telah menyuntik perasaan saya untuk bersama sama menyertai rakan maya semua untuk ber "blog" dan juga menimbulkan minat saya dalam mengumpul sedikit sebanyak apa jua barangan lama sebagai peninggalan warisan nenek moyang kita untuk tatapan anak cucu di masa hadapan.


Di harap kita semua dapatlah bertukar tukar idea dan fikiran serta bersama sama mempamirkan koleksi masing masing yang sudah semestinya sarat dengan pelbagai himpunan pinggan pinggan ,teko, mangkuk, pelita dan apa saja barangan lama. 


Salam perkenalan dari saya kepada semua sahabat maya di sana tidak kira di mana saja anda berada.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan