Alamak sikecik dah bangun dari tido,,lak terus pergi kat meja nak tarik teko, makanya tak jadilak saya nak ambik gambar teko kangkung yang lain lain .Tengok tu sempat posing lagi dan tangan dia perlahan lahan nak tarik alas meja tu.
Ni gambar pinggan kuih kangkung.Besar dalam 15 cm.
Yang ni pinggan kuih jenis besar sikit dalam 17 cm dan 21 cm.
Yang ni pulak pinggan makan jenis kecil untuk budak budak bolehla kot. Untuk orang tua macam saya rasanya tak cukup lauk nak isi. Perhatikan coraknya ade dedalu pink dan pinggan lagi satu berdedalu hijau. Semestinya saya memang minat dengan spesis yang berdedalu hijau ni. Memang mengancam kalbu, setuju tak sahabat semua.
Ok lah yang ini pula pinggan makan yang saya memang suka bunganya memang terang sampai tak jadilak nak isi lauk pauk sampai penuh nanti tertutup pulak bunganya. Itulah kenangan semasa saya jadi kanak kanak dulu bila tiba time kenduri je kalau ade empat biji pinggan tuan rumah letak dekat sebelah dulang tu saya mesti akan ambik pinggan kangkung ni walaupun mase tu ade bunga hitam ke, pink ke dan lain lain lagi.
Alhamdulillah akhirnya dapat jugak saya kumpul sedikit sebanyak koleksi si bunga kangkung yang telah lama menjadi pujaan hati saya ini semenjak zaman kanak kanak lagi. Walaupun nenek saya memang tiada dalam simpanan beliau jenis pinggan berbunga kangkung ini tetapi Mak Long saya ada menyimpannya. Tulah yang dikatakan rezeki. Saya pun tak lokek duit nak membeli kalau terjumpa yang berkenan di hati untuk melengkapkan set bunga kangkung ini. Daa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan