Khamis, 15 Ogos 2013

Bazaar Raya di BP Walk

Salam mesra dan selamat beraya kepada semua pengunjung pengunjung blog WN. Masih lagi dalam cerita balik beraya minggu lepas. Nak jadikan cerita kami sampai di pekan Parit Sulong dalam jam 11 malam. Dalam 2 jam setengah aje dah sampai. Laluan kat highway pun tak jem. Ingatkan memang nak singgah kat bazaar raya Parit Sulong tuu, tapi apakan daya dah takde tempat parking. Jenuh juga pusing pusing keliling ,, still no parking so tak jadilah singgah. Lepas tuu ingatkan nak terus balik ke rumah emak tapi sampai kat Parit Yusop tuu,, tengok kiri kanan jalan semua rumah bergelap takde karen. 

Ingatkan area situ aja,, tapi sepanjang jalan Parit Jalil semua rumah bergelap, so talipon emak,, emak kata takde elektrik. Jadi bincang dengan suami, terus ajak jalan ke bandar aja,, tengok tengok suasana orang BP soping beraya sambil melepak di BP walk. Sampai kat sana,,, tengok kereta penuh, motor pun penuh,, buat sekali pusingan dah jumpa tempat parking. Kira oklah tuu. Kalau tak confirm terus balik rumah mak.

Perkara pertama terus cari gerai makanan yang best. Tengok semua tempat penuh,, so hentam ajelah. Akak oder nasi goreng dan budak budak makan chicken chop. Dah 2 tahun akak tak singgah BP walk, bukan apa kalau nak raya nii memang ramai orang,, macam berpesta pulak serupalah dengan bazaar raya di Pekan Parit Sulong.





Dah selesai makan sambil relax kejap,, tengok ramai lagi orang berpusu pusu datang so kami pun terus ke gerai menjual samping raya. Yelah budak budak ni pun dah makin membesar samping yang sedia ada pun dah tak muat so tahun ni tukar barulah ye. Si Farhan memang pakai samping abangnya yang lama aja. Ada banyak koleksi samping dari saiz s ke xl. Hahaha. 

Akak beli butang baju melayu aja kat sini. Tengok sekali lalu gerai yang jual biskut raya memang menggoda tapi pejam mata sebelah aja. Malas nak membazir banyak banyak beli biskut raya.




Tengoklah tu aksi Amir memakai samping,,, taknak pulak tuu pakai samping yang dah siap di jahit macam kanak kanak tuu,, katanya dah remaja, tak bestlah kalau dah sekolah menengah pun guna samping ready made tuu. Ok ikutkan ajelah. Tengok tu si Danish tuu entah apa lagi yang nak di belinya tuu,, asik membelek belek aja selipar selipar tu padahal kasut raya dah beli pun dari Al Ikhsan jenama nike" lagi.





Sempat lagi soping sampul raya JDT harimau selatan. Hobi akak yang baru pulak. Emmm,,,sampai rumah emak dah pukul 1 pagi,,, masih takde elektrik lagi. So terus tido la jawabnya, nasib baik elektrik ada jam 3 pagi, senang sikit nak bersahur. 

Ok kita jumpa lagi di lain catatan ye, bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan