Isnin, 19 Ogos 2013

Suka Melihat Barang Lama Sambil Beraya

Haiii kekawan dan pembaca blog WN. Apa kabar,, harini dah mula sekolah,, so stat macam biasa juga lah,, sibuk ngan anak anak dan memasak untuk makan tengahari. Kalau bulan puasa tuu,, relex sikit masak sebelah petang,, tak kelam kabut sangat. 


Harini kita sambung balik cerita raya yang belum habis n3 nii. Macam biasa raya, sambil mata tengok tengok kat pinggan, bekas kuih, cawan ,,, hihi saja nak cuci mata tengok barang lama. Tapikan majoriti tahun ni,, tak nampak pulak yang lama lama semuanya barang baru ajee. Emmm,,, apa barang lama dah ketinggalan zaman ke,,,, tapi tahun ni akak tak pergi meninjau ke dapur dapur rumah pakcik makcik,, tak macam selalu sebab si kecik syahirah ni dah pandai jalan jalan. Bukannya apa takut lak kalau dia tarik balang kuih raya tuu,,, habislah jenama vantage ke, arcopal ke, duralex ke,,,pecah takut akakkk. So lebih baik akak duduk diam diam aje. Huhuhu tak leh nak skodeng barang lama,,,,






Hai,,,, kami dah bersiap nak pergi beraya dan nak balik ke kampung akak pula beraya. Tengok tuu bebudak ni kalau masa nak ambik gambar selalu tak ready sebab emak dia biasa yang tangkap gambar,,, selalu bagi arahan senyum dan cakap 1,2, 3. Kikiki kali ni mama yang tak berapa ready,,,nampak gemuk pula pakai baju ala ala berfesyen nii,, biasa akak pakai baju kurung aje. Hahaha.





Syahirah  kalau mama dia ada dekat ngan dia,, dia duduk diam diam laa,,, takdelah sibuk nak pergi dekat meja kuih raya tu,,





Lawa tak lemari nii,, mengikut kata pakcik sedara dah hampir 100 tahun usianya.







Ni almari lama yang memang comel,, saya suka dengan patern macam nii, tahun ni tak berkesempatan nak bergambar dengan almari ni coz syahirah dah berlari lari kat meja kuih raya,, seram akak sebab kat rumah mak long ni banyak sangat biskut dan kerepek raya sampai 2 meja,,,memang meriah,,, dan ada juga saudara yang lain datang bertandang. Jadi share gambar tahun lepas aje ye,,,






Sebahagian gelas gelas lama,,,, cantik pula kan kalau disusun sebegini,,,





Inilah mak long, kakak kepada emak,,,, tengok almari dapur tuu,,, masih kukuh lagi cuma dah di cat dengan warna putih,,,





Bergambar bersama sebahagian ahli keluarga mak long, menantu dan cucu cucu. Nampak antik tak tangga tu.


Ok, kita jumpa di lain catatan. Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan