Sabtu, 31 Ogos 2013

Sampul Raya Pulak Dah,,,,,,

Salam hari merdeka kepada semua pembaca blog WN. Marilah kita bersama sama menghayati detik detik kemerdekaan negara kita, Malaysia yang tercinta ini. Bersyukur kepada tuhan kerana bumi Malaysia masih tetap aman dan makmur jika kita bandingkan dengan negara negara islam yang lain.

Harini,,,, memang banyak jemputan "open house raya". So akak cuma pergi ke rumah jiran jiran yang bersebelahan rumah aje. Tak patutlah kalau tak pergi kan,,, nama pun jiran. Memandangkan kita masih lagi meraikan bulan syawal,, jadi akak nak bercerita tentang sampul raya,,,

Hahaha,, entah kenapa akak rasa macam nak kumpul sampul raya pulak. Bila dikenangkan zaman anak anak masih kecik dulu,, bila  hari raya je,,dapat beraneka sampul raya. Tengok sekali semuanya cantik cantik tapi tak pernah terfikir untuk kumpul sampul raya tuu.semua so akak bagi kat emak dan bapa di kampung memandangkan biasa di kampung selalu ada kenduri perkahwinan. So nak tak nak memang emak dan bapa akan gunakan juga sampul raya tuu.

Tup tup bila akak tengok ada geng kelab sampul raya di FB,,, dan akak terpandangkan sampul bergambar kartun yang zaman 10 tahun yang lepas,,,, emosi meluap luap nak kumpul sampul raya sebagai hobi baru. Tapi kannn,,,bila akak cari balik sampul raya yang dulu dulu punya tuu di kampung,,,, memang dah tak jumpa langsung. Hihihi. Begitulah ceritanya. Rugikan,, mana nak cari koleksi sampul raya terutama dari "private bank atau pasaraya" yang dah sepuluh tahun tuu. Rasa nak nagis pulak nii,,,,lagi haru bila teringatkan sampul dari bank rakyat atau ambank yang kartun kartun tuu...emmm ada pembaca WN yang masih simpan takk,,,, memang nostalgia kan,,,,

Ok ni koleksi sampul raya akak untuk tahun nii,,, dan semestinya akan disimpan sebagai hobi baru. Layannn,,,




Sampul raya dari aeon big,,,kena buat pembelian rm 50 baru dapat sepaket.



Berbuka puasa haritu beli domino's pizza,, dapat sepaket sampul raya. Suka tengok kartun kartun macam ni.




Sampul ni dapat dari pasaraya Billion,,,





First time soping kasut raya kat al ikhsan,, papa n the boys n syahira,,,,,, memang berbaloi,, harga pun ok dan dapat sampul raya yang lawaa berserta dengan kismis minda siap berkotak sama gambar dengan sampul raya. Emmm,, kotak tu nak simpan jugak kee,,,, hihi.




Sampul dari maybank,,, papa yang bagi, tahun ni dapat 3 paket.






Beli roti gardenia n roti sweeties dapat 2 paket sampul raya 7 eleven dan sepaket sampul raya pepsi,,, yang pepsi tuuu saja try minta,, alhamdulillah dapat, hihi.




Beli donut masa berbuka puasa haritu so dapatlah sampul raya yang cute miut nii,, ada 4 gambar donat yang berbeza.






Sampul raya dari digi,, dapat 2 helai aje,, kedekut betul la digi ni,,, bayar hpone beratus,, tapi oklah nasib baik dapat,,, adoiii itupun ingatkan papa mintak awal awal,,,





Pssss,, sampul mahal dari habib jewel,,,,, hihihi semestinya semua lawa lawa belaka





Sampul raya dari Giant,, pembelian rm 60 baru dapat sepaket,,





Sampul raya yang cantik dari shazzmin collections,, galeri tudung yang jual pearl haya tuu,,,
sampul raya ni dah pun saya berikan kepada ibu, bapa, mertua dan kakak berisi dengan duit raya sekali pada raya lepas. Memang aggunkan seperti warnanya juga.




Beli kasut raya akak,,, so dapatlah satu paket sampul raya bata ni,



Inilah koleksi sampul raya 2013 yang dapat akak kumpulkan sendiri,, banyak lagikan yang belum akak dapat untuk tahun nii,, emm mana nak cari nii,,,

Ok cukup sampai sini dulu,,,, kepada rakan rakan pembaca yang masih ada simpan sampul raya tak kisahlah zaman dulu ke, zaman baru ke,, mana yang tak nak tuu,, bolehlah bagi sedekah kat akak kat sini. Jasamu ku kenang.Bye bye.

7 ulasan:

  1. Syabas!, sampul duit raya memang sesuatu yang menarik dikumpul!

    BalasPadam
  2. wasalam saudara,,, memang menarik dan tersangat happy bila tengok gambar gambar sampul raya yang cantik tuu,,, watak kartun yang ada kaitan dengan nostalgia raya di zaman kanak kanak dahulu sungguh menggamit memori. Rugi rasanya kalau kita membuang saja sampul raya yang telah diterima, adalah amat bagus sekali jika kita dapat menitipkan sedikit kenangan koleksi sampul raya kepada generasi warisan di masa akan datang.Teima kasih.

    BalasPadam
  3. assalam kak aina..
    cer bubuh dalam album sekeping setiap design..memang cun kalau tengok pelbagai warna, design, pattern, sumber..mana tau kendian2 hari harga melambung2.. :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam yatt,,, wah yatt dah dulu kumpul sampul raya dari akak ye,,,bestkan Yatt. Masih dalam proses untuk dimasukkan ke dalam album,tapi kann,,, boleh dibilang sampulnya dengan jari lagi. Kikiki.

      Padam
  4. Assalamualaikum,
    Masih baru simpan sampul? Penghanrtaran sampul dalam proses,tunggu aje.Kalau saya xchange dengan yg ada ni okey ke? Nak 1pc je setiap sampul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam nikths,,, boleh saja xchanged sampul raya tuu,, yang mana ada extra, akak bagi je, tq ye

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...