Sabtu, 26 April 2014

Mood Catuan Air

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog WN. Semoga anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Lama juga akak tak menulis, kesian pulak kat blog yang dah berhabuk ni ,,, hihi. Bukannya apa,, macam kurang mood sebab kawasan tempat tinggal akak masih dalam catuan air. Selang 2 hari air akan ditutup dan dibuka balik. Jadinya banyaklah kerja yang terbengkalai yang akan dibuat kalau air dah ada,, biasalahkan kalau keluarga ramai,, satu hari tak basuh kain baju habis berlambak lambak baju dalam bakul.

Haritu kat dalam suratkhabar katanya tempoh catuan sehingga bulan julai,,, tetapi baru baru ni disebabkan tiap tiap hari hujan so tempoh catuan air di Selangor sehingga akhir bulan april. Harap2 betul la tuu,, senang sikit nak buat kerja kerja dapur.

Gara gara catuan air,,, kat mana mana kedai pun harga tong air pun melambung. Saya sendiri berabis dekat 300 hengget,,, beli 3 tong besar,,, aduyaiii. Jom layan gambar kat bawah ni,,, rasa nak tergelak bila tengok gambar kartun ni yang saya ambil gambarnya dari suratkhabar utusan.




Tengok bapak kartun tuu,, tadah air. Hihihi.




Kerahan tenaga untuk suami dan anak anak jugak ye,,,tolong angkut air dan tadah air. Kesian kat emak,,,Hahaha



Dah beli tong air mahal mahal,,, kenalah digunakan sepenuhnya walaupun hari hujan,,, lucu tak kawan kawan,,,,






Ok hingga jumpa lagi.


Khamis, 17 April 2014

Angpow2 bank 2014

Salam sejahtera kepada semua rakan rakan pembaca blog WN. Mood rajin harini so nak update koleksi angpow2 dari bank pulak. Jom tengok cuci2 mata ye tak kisahlah tak kumpul pun takpe janji mata tengok,,,






Dari maybank, yang angpow besar tu private banking punya.




CIMB



UOB


 Hong Leong Bank





Bank Rakyat




Public Bank




Affin Bank





HSBC



Alliance Bank



RBS





RHB





Standard Chartered Bank



OCBC



BSN

Setakat ni ini saja koleksi angpow tahun baru cina dari bank2 Malaysia yang saya ada. Itupun hasil dari pertukaran dengan kawan kawan fb. Yang saya cari sendiri hanya maybank yang biasa tu saja itupun dapat sebab berurusan masa nak raya cina, kalau tak memang akan cepat habis kan,

Ok jumpa lagi.

Selasa, 1 April 2014

Angpow Lagi

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Jom layan gambar angpow raya cina dan sampul duit raya yang saya dapat hasil dari bertukar tukar dengan kawan kawan di kelab sampul duit raya di fb sempena tahun baru cina yang lepas. Semuanya cantik dan semestinya baru. Hihihi. 



Dari Qaseh Adira,,,



Dari Norzida, tq zida semuanya lawa lawa,,,



Dari Azlina Nazri




Kedua dua sampul dari Ennalynn Cookies,,, tq lynn, kalau ada lagi yang extra tuu,, jangan lupa akak ye,, hihi




Dari Helena Rizanie




Dari Norsiah



Dari Heu Siew Choon




Dari Rosyidah Mokhtar




Dari mr. Kelvin




dari mr. Ian choong

Best juga dapat tukar tukar sampul raya atau angpow nii tapi kena rajin lah kan,,kena standby angpow yang cantik cantik baru boleh tukar dengan yang setanding dengannya. Begitu juga dari segi kualiti kertas juga diambil kira bagi sesetengah kolektor tegar pengumpul sampul duit raya sekiranya jika mahu bertukar dengan mereka. 


Pastikan juga sampul atau angpow yang ingin ditukar tidak terlipat, terconteng atau terkoyak dan paling penting mesti nampak baru walaupun ianya adalah sampul yang lama. Kesemuanya memainkan peranan yang penting untuk menjaga kualiti sampul agar setiap kolektor berpuas hati dengan koleksi sampul raya yang diterima hasil dari pertukaran sampul di kelab sampul di fb.

Ok, hingga jumpa lagi. 

Tat Nenas

 Salam mesra kepada semua sahabat pembaca blog WN. Mood rajin tiba tiba datang masa cuti sekolah yang lepas so akak cubalah tengok tengok resepi kat blog masakan nak buat biskut tat nenas. Alhamdulillah menjadi tat nenas tuu,, hasil percubaan pertama .

 Rasa nak tergelak pulak bila biskut tat dah siap,,tak sangka rasanya sedap dan biskut pun memuaskan walaupun kali pertama terkedek kedek mencuba,, yelah selama ni main beli dan makan aje,,, tapi kan akak ni memang cerewet kalau pilih beli biskut tat nenas,,, kebanyakan yang ada di pasaran tuu nampak je cantik tapi hasilnya mengecewakan. Sebab tu akak suka tukar tukar dan meninjau lain lain kedai atau bakeri terutama bila nak beli biskut tat nenas. Lebarnya celoteh akak,,, jom tengok gambar,,,,





Kalau tak cuba buat,, mana kita nak tau kan,, susah ke senang nak buat tat nenas nii,,,,




Farhan memang suka tolong mama kat dapur,, hahaha,, habis bersepah,,,




Bolehla,,, puji diri sendiri nii,,,tat dibiarkan sejuk dulu sebelum dimasukan dalam bekas kedap udara.







Mengimbau kenangan zaman kanak kanak,,, biskut tat nenas diisi dalam bekas kuih pyrex butterdish chelsea,,,,,emmmm mahal kenangan tuu,,, bersusah payah akak  nak dapatkan bekas kuih chelsea nii,, susah nak dapat,,, koleksi pyrex chelsea bekas kuih ni memang top masa akak sekolah rendah dulu,,, boleh dikatakan ramai kawan kawan emak di kampung yang guna.




Zoom gambar biskut dari dekat,,,, lawa ke ade senget2,, hihi



Alhamdulillah dapat tapau sebalang untuk emak, bapak, kakak rasa masa balik kampung cuti sekolah tadi,,,

kepada kawan kawan yang nak cuba buat biskut tat nenas nyonya ni,, sila klik di sini ye,,,terima kasih kepada kak jee di atas resepi yang meletup nii,,,






Selamat mencuba, bye2.


Tin Cornflakes

Salam ceria kepada semua pengunjung blog WN. Jom cuci mata tengok tin tin yang lawa nii. Akak beli kat Giant sampai 2 kotak lagi. Hahaha. Buat stok cornflakes untuk biskut raya. Serius tau,,, tinnya tersangat klasik. Jom beli,,,,







Dalam tin tu pun ,,, ada cornflakes lagi,,,dah siap packing tuu,,,
so  ade 2 plastik cornflakes 275 gm,,, emmm cukuplah buat stok biskut cornflakes madu nak raya nanti, kalau lambat beli edisi tin nii terlepas pulak. Kalau rajin tak payah tunggu raya,, buat terus biskut tuu sebab cornflakes nya tersangat freshh lagi. Sedapppp,,,








Beli jangan tak beli,,, angkut terus 2 tin,, so far tak pernah lagi akak tengok ade orang jual tin ni lagi kat fb. Hihi. Bye.