Sabtu, 11 April 2015

Buku Resepi Lama Puri Selera

Salam mesra kepada semua sahabat. Harini nak tunjuk gambar gambar dari buku resepi lama yang saya beli di pasar karat Amcorp Mall bulan lepas. Pada pendapat saya, buku ni sangat bagus terutama dari segi iklannya yang sangat popular di zaman kanak kanak dulu. Biasalah kan nama pun peminat barang lama, tup2 dah terminat pulak nak beli buku lama lama tapi hanya untuk buku resepi aje tawww,, dah takde parking kat rumah. Jom layan gambar



Hard cover lagi,,, RM 5,, ok kan,,,




Ohh baru tau, dari syarikat Lever Brothers tu rupanya,,, jenama ni memang terkenal awal tahun 80an kan,,,




Ada 3 bahasa ye, bahasa melayu, cina dan inggeris, alamak betul ke spelling inggeris tu,,macam zaman dulu dulu je



Sangat suka dengan iklan marjerin planta ni, tengok tu basikal chopper yang agak popular di zaman kanak kanak dan juga untuk kaum ibu tengok tu baju kelawar batik, memang mengimbau zaman nostalgia di waktu kecil



Bahasa yang senang difahami, resepi pun mudah dan yang mahal klasik tu bila tengok timbangan resepi masih dalam auns lagi,,,,



Resepi yang masih menggunakan timbangan daging dalam kati dan juga gambar batu giling yang cukup popular sebelum kewujudan sang blender' di rumah rumah terutamanya di kampung kampung. Masih ada lagi batu giling ni kat rumah emak.




 Ni contoh iklan iklan lama yang saya jumpa dalam buku resepi versi orang putih di Malaysia, masih ingatke lagi kawan kawan, tin minyak masak segiempat yang besar tu,,

Ok jumpa lagi, bye2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan