Salam mesra kepada semua pembaca blog WN, semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah. Harini ingin saya kongsikan tentang tempat makan yang namanya cukup popular di Bagan Lalang iaitu restoren Senandung Malam. Memandangkan masa tu emak datang ke KL, so kami pergi ke sana secara convoi dengan 2 kereta. Adik ipar kata tempat makan kat situ best so encik suami setuju nak ke sana. Macam biasa budak budak memang sangat excited sepanjang perjalanan tapi emak budak dah restless begitu juga dengan emak, hahaha sebab terasa lama duduk dalam kereta, bilalah nak sampai nii, itupun bergerak dari Putrajaya. Adoiiii, dahlah tak bawak apa apa bekal dalam kereta, kalau ada roti ke, keropok ke dah tentu budak kecik tak bosan sangat. So pengajaran dari sini, kalau sesiapa nak pergi makan ke sini, yang mana ada anak anak kecik tu atau besar ke silalah bawak apa apa makanan dalam kereta ye. Dalam 2 jam perjalanan sampailah ke Bagan Lalang sebab kami bergerak selepas asar.
Kami menikmati pemandangan yang sangat cantik dari dalam kereta saja sepanjang pelaluan ke restoren Senandung Malam ni. Bila dah dapat tengok matahari terbenam dan senja yang merah tuu rasa sangat cantik kurniaan tuhan. Dengan pokok kelapa melambai lambai di tambah dengan angin sepoi sepoi bahasa, kira oklah pemandangan kat sana. Memandangkan kami sampai pun dah nak masuk maghrib, so kami tak pergilah ke pantai berdepan restoren ni sebab dah gelap. So sesiapa yang nak pergi makan kat sini dan nak main pasir pasir serta menyusuri pantai, sila adjust masa anda ye.
Tempat paking kereta pun luas cuma meja makan je kurang banyak macam keluasan tempat paking kereta. Kebetulan masa ni hari sabtu, ramai pulak orang, so kena tunggu juga ye nanti adalah pekerja kedai yang carikan meja untuk kita. Sementara tu kaum kaum ibu yang nak meng"order makanan bolehlah beratur dan pilih pilih mana yang nak makan, jomlah tengok gambar pulak.
Suruh busu yang pilih semua makanan seafood tu setelah perbincangan dibuat apa yang hendak kami makan,, so masa ni akak tengah bersantai santai duduk di kerusi bersama anak anak sambil mencuci mata melihat gelagat manusia. Di restoren ini pun ada disediakan surau, itu yang bagus.
Beraturlah macam biasakan,,,
Timbang semua, adik yang jaga kat sini siap pesan pulak, kira dalam 1 jam lebih kurang makanan siap,,,,,so cadangan akak sesiapa yang nak datang ke sini kalau hujung minggu tuu, sila makan kenyang kenyang dulu kat rumah terutamanya yang bawak budak budak. Hahaha. Bercinta lak nak tunggu makanan siap, adoiiii, tapi tak apa kat sini ada juga gerai yang jual burger, sate, nugget so apalagi bebudak tuu,, pusing pusing area tuu aje.
Ramai orangkan,, ada yang dah habis makan sambil borak2, ada yang belum dapat meja sambil jeling2 kat meja orang yang dah habis makan,, ada yang muka tension pun ada, hahaha.
Air dan abc elok je sampai dalam 20 minit oder, makanan tunggu lagi sejam,,,,
Sampai pun makanan ituww,,, masa ni mood nak makan je malas nak ambik gambar rasanya sebab dah letih tunggu,,, kailan ikan masin ok, telur dadar untuk budak budak, tomyam macam tak menarik pulak.
Sotong goreng tepung, ok.
Masak steam,, memang budak budak tak suka, tapi nak mempelbagaikan lauk sebab makan ramai ramai kan,,,, emak pesan lagi kalau budak2 tak suka tak payah order, anyway ikan ni kurang laku, akak pun cuba rasa,, emmm kurang menepati selera.
Yang ini memang laku masak sambal pedas la katakan,,,, sedap
Yang ini akak pun tak pernah makan lala, hahaha, tapi bila rasanya kuahnya memang terangkat sedap,,,
Tomyam macam tak menarik,,,,
Ikan pari bakar,,,yang ini akak pun tak makan, so tak tau rasa sedap ke tak
Perut dah lapar, semua tengok makanan , tak kisah sedap ke tak sedap, janji bedal apa yang ada, alhamdulillah kenyang sudah.
Sebelum balik ambik gambar dulu ngan nenek, mak usu, pak usu, nurul dan zana.
Nak cerita kat sini, masa pergi terasa jauh je nak makan kat bagan lalang ni, bila balik rasa sekejap pulak perjalanan, hihi.
Ok jumpa di lain catatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan