Sabtu, 13 Julai 2013

Terkenang Kenang Suasana Kampung

Salam 4 ramadan. Semoga sahabat di luar sana sentiasa sihat disamping menjalani ibadat puasa. Saya masih terkenang suasana di kampung tatkala bulan ramadhan. Masih terkenang ketika zaman kanak kanak dahulu. Seronok sangat bila emak suruh antar kuih muih ke rumah jiran jiran sebelum berbuka puasa. Kalau dahulu memang tiada bazaar ramadan,, kesemuanya emak buat sendiri. Begitu juga dengan jiran jiran dan saudara mara. Bila tengok kuih dan aneka mee, mihun , rojak, bubur lambuk,, terasa tak sabar sabar nak berbuka. 

Terasa puas sebab dapat tolong emak masak lauk pauk untuk berbuka dan juga membuat sedikit kuih muih. Baru terasa nikmat ketika berbuka puasa setelah penat memasak sepanjang petang. Hihihi. Zaman sudah moden tidak seperti 40 tahun dahulu. Memang di kampung saya dan juga pekan sekitar tidak ada lagi orang berjual makanan dan kuih seperti sekarang.

Bercerita tentang kuih, teringat saya kepada kuih kegemaran saya nii,, di kampung saya kuih ini terkenal dengan panggilan kuih '' pepudak"'. Emm mana nak cari kuih nii ekk,, ada ke kat KL,,memang tak pernah nampak pun kat bazaar ramadhan,,,, jom tengok gambar kuih nii, rasanya kalau orang banjar tentu tahu macamana nak buat kuih pepudak ni.Hihi saya tau makan aje,, belum sempat belajar dari emak lagi.
Psssttt, kalau buat bisness kuih ni tentu laku kan,,,,,,,,





Nampak hijau tu beraroma daun pisang lagi,,,, rindunya dengan kuih emak ni,,;,


Kita tengok cara penyediaannye pula ye,,, emm resepi belum tanya kat mak lagi,,, gambar ni dirakamkan semasa cuti sekolah bulan jun yang lepas,, hihi






Wah nenek dah ajar Arissa camane nak buat kuih ni,,




Kuih pepudak ni kena direbus dahulu sebelum dimakan,,,



Dah mendidih , bolehlah di angkat dan di sejukkan.

Bye.

Selasa, 9 Julai 2013

Bunga Bunga Si Kotak

Hai semua, assalamualaikum,,,apa kata sebelum berpuasa esok kita layan gambar bunga kat teko kotak nii,,sejuk mata memandang ,, hahaha. Tuan rumah syok sendiri melayan hobi mengumpul teko buruknya,,, bye,,






Anyway,,, terima kasih banyak kepada rakan FB, saudara Vann Hoo Vann,,, teko yang di terbangkan dari Jakarta ini sungguh cantik sekali. Warna pink merah jambu yang menyerlahkan lagi kecantikan bunga mawar ini. 
Sekian.

Bulan Ramadan Datang Lagi


Salam Ramadan kepada semua pembaca blog WN. Semoga anda semua sihat sejahtera dan telah membuat persiapan untuk mula berpuasa esok. Semoga kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini, puasa kita lebih diberkati oleh allah. Bersama samalah kita mengejar sebanyak mungkin amal ibadah yang boleh kita lakukan di sepanjang bulan yang mulia ini. Selamat berpuasa semua ye,,









Jumaat, 5 Julai 2013

Hari Jadi Danish

Salam mesra kepada pembaca blog WN. Bertemu kembali, semalam 4 julai 2013 adalah hari jadi  Danish yang ke 11 tahun. Wah dah besar anak mama ya,,. Tak taulak nak tempah kek hari jadi yang ada gambar kartun ke atau nak beli dari secret recipe. Danish ni memang suka tengok kartun kat astro dari kecik hinggalah sekarang. Hahaha,, kumpul mainan patung patung pun dia suka. So kek hari jadi kali ini,, lain dari yang lain, tak nak yang ada gambar kartun,,,surprise,,,," bentuk bola di atas rumput lagi". Semoga Danish suka kek bola ni ye. Layan gambar,,.

Danish  ketika berusia 6 tahun





Selamat Hari Jadi Danish, semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat.





Cantik tak kek bola nii,, fully of creamm,,,





Mama suapkan kek untuk Danish,,, Amir pula jadi juru gambar,, 




Mama dan papa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Danish. Semoga rajin belajar, selalu tolong mama buat kerja rumah dan jaga adik,, hihihi jangan tengok kartun aje,,,.


Macam biasa hadiah hari jadi dari mama,,,
Trio RA Flower Of The Month July,,




Bye, jumpa lagi.

Khamis, 4 Julai 2013

Sampul Raya Boboiboy

Salam kepada semua pembaca sekelian. Harini nak kongsi tentang promosi susu jenama Solivite yang kanak kanak suka tu. Anak saya memang suka minum susu kultur ni. Di tambah lagi sekarang ni tengah berlangsung promosi dapat 2 sampul raya bila beli susu ni dalam 1 pek. Satu pek, ada 5 botol susu pelbagai perisa. Ada 12 keping sampul raya gambar Boboiboy dan kawan kawan yang sungguh cantik.Bukan anak aje yang excited,, emak pun tumpang sekaki. Kikiki,,,,, jom layannn







Tengok tuu semuanya cantik kan,, gambar kartun Boboiboy, Yaya, Ying, Gopal dan Tok Abah. Agak susah sikit nak memilih sampul raya ni dari luar sebab tidak kelihatan kerana ianya di letakkan di dalam plastik.So kena suruh anak anak tengok betul betul,, kalau tak memang melepas. Emmm,,, susu ni 1 pek berharga rm 4.29 sen di pasaraya Mydin.


Ada 11 keping sampul raya yang saya dapat kumpulkan semua.  Aduyaii bukan senang tawww,, nak selongkar kat tempat sejuk bahagian susu di pasaraya tuu. Malu kalau orang tengok. Hahaha.












Tengok tu memang meriah Boboiboy beraya



Yang ni pula watak Yaya,,,,









Watak Gopal,,,,







Watak Ying,,,,




So kalau berminat dengan sampul raya kartun Boboiboy nii,, apalagi jom beli,, bye.


Rabu, 3 Julai 2013

Berjumpa Geng Antik

 Salam kepada semua pembaca WN. Semoga anda semua sihat sejahtera. Bagaimana dengan persiapan bulan ramadhan yang bakal menjelang tiba lagi seminggu ni,,, dah penuhkan kabinet dapur tak dengan pelbagai bahan masakan kering, bahan nak buat kuih, jus jus sunquick atau sirap ke untuk minuman berbuka puasa nanti,,,,


Semalam saya ke pasar raya Giant,,, aduhai terperanjat juga melihat begitu ramai orang membeli belah barangan dapur sampai penuh satu troli. Hihih, saya pun teruja jugak nak membeli barangan kuih muih dan biskut untuk bersahur. Pelbagai hadiah atau tuperware yang cantik cantik disertakan sekali dengan pembelian.Yelah sekarang ni  pun saya lebih suka beli barang yang dapat hadiah free contohnya free cawan ke, sudu garpu ke dan lain lain lagi.


Dari segi pembelian pinggan mangkuk buruk pun saya dah kurang membeli berbanding 3 tahun yang lepas. Kalau dulu nampak aja cantik bunganya terus aja sapu,, sekarang tidak lagi seperti dulu. Dengan bertambahnya usia menuju ke era 40 an menjadikan saya lebih matang dan berhati hati semasa membeli tidak kiralah barang buruk atau baru. Hahaha. Cewahh,,,,


Semenjak saya rajin update blog ni,, saya rasa ada kemajuan pula. Boleh dikira berapa kali saya buka FB. Di FB memanglah banyak godaan dari segi penjualan barang barang atau hobi yang kita suka. Kalau tak kuat iman memang nak membeli aje baik teko, tudung fareeda, kain ela, vitamin kecantikan, biskut raya dan lain lain. Hihi jangan marah ye kawan kawan ni pendapat saya aje, tepuk dada tanya selera,,, beli berpada pada mengikut kemampuan kita.


Adoii panjangnye membebel ,,,,, jom layan gambar,,,,,



Di kedai kak Liza,Kedai Ipoh Loken ,Anggerik Mall Shah Alam




Di kedai Mr Lee, Maria Antique House, Seremban





Memang banyak barang barang kat kedai Mr. Lee ni,, terima kasih di atas layanan mesra Mr. Lee dan isterinya yang sudi melayan anak anak saya yang tak reti duduk diam kat kedainya,, hihihi.




Bersama kak Izan MK,kak Norbie dan Hana di Anggerik Mall






Kak Aida Al Kesah sempat berposing  sampai tertutup mata,,, hihihi, tq kak Aida sudi singgah rumah saya. Bawa buah tangan lagi dengan tureen dan pinggannya sekali kak Aida bagi,,, suka n sangat suka,, tq kak Aida.




Kek cokelat yang sedap, habis licin di makan oleh anak anakku. Tengok tu,,, semua koleksi PML bercorak batik pemberian dari kak Aida.



Kenangan semasa ke Loken, Ipoh 2012,, sempat juga singgah di kedai kak Zaiton, Pak Lang dan Alan.



Gerai kak Zaiton yang peramah,, tq kak sudi bersembang dengan saya,,





Tuu dia,, Pak Lang Antik yang bercermin mata tu dan encik Alan yang bertopi tetapi terselindung pulak. Mereka ni ramah ramah belaka.





Tureen comel beli di gerai Pak Lang dan sebiji cawan kopitiam sebagai hadiah dari Pak Lang, terima kasih ya.


Macam biasa,, mesti ada yang nak interframe,,,,, hahaha



Berlatar belakang suasana pasar Loken yang sungguh sesak dengan puluhan gerai semestinya penuh dengan peminatnya yang tersendiri.

 Bye,sekian.

Selasa, 2 Julai 2013

Di Hari Sukan Sekolah Farhan

Salam kepada semua pembaca WN. Semoga sihat di luar sana ya. Harini nak share gambar Farhan masa sukan tahunan tadika Farhan yang diadakan ahad lepas. First time masuk  tadika, first time dapat hadiah dan first time juga masuk acara sukan. Macam macam gelagat Farhan ni,, jom tengok gambar.







Hihi tengoklah tu,, bila dah di pakaikan rantai pingat tu semua kanak kanak 4 tahun ni asyik memandang kat pingat tuu aje,, sampai lupa nak ambik ole2 free gift dalam beg hijau tuu. Adoiii,,,





Tengok tuu,,, belek lagi pingat" tuu.



Inilah saya,,,





Ini gaya Syahirah pulak ,,, cukup teruja di padang sukan ni,,

Antara yang mencuit hati ialah pertandingan baling belon yang telah di isi dengan air oleh para ibu bapa yang mengambil bahagian. Nasiblah kalau pecah tu,,,




Aksi sambut belon oleh cikgu Farhan


Keseluruhannya pada saya, sambutan hari sukan tahunan di tadika Farhan memang meriah, ibu bapa dan keluarga juga di sajikan dengan hidangan nasi lemak dan kuih muih. Padang sukan tempat acara berlangsung pun tidak jauh letaknya dari tadika. Kami berjalan kaki sahaja dari rumah. Lihatlah aksi si kecik Syahirah ni lepas penat berlari di padang sampai tak nak jalan kaki pula bila nak balik rumah.


Tengok tuu tutup botol pun nak gigit,,,




Inilah dia rantai medal pingat yang farhan dapat. 

Jumpa lagi, bye.