Rabu, 3 Julai 2013

Berjumpa Geng Antik

 Salam kepada semua pembaca WN. Semoga anda semua sihat sejahtera. Bagaimana dengan persiapan bulan ramadhan yang bakal menjelang tiba lagi seminggu ni,,, dah penuhkan kabinet dapur tak dengan pelbagai bahan masakan kering, bahan nak buat kuih, jus jus sunquick atau sirap ke untuk minuman berbuka puasa nanti,,,,


Semalam saya ke pasar raya Giant,,, aduhai terperanjat juga melihat begitu ramai orang membeli belah barangan dapur sampai penuh satu troli. Hihih, saya pun teruja jugak nak membeli barangan kuih muih dan biskut untuk bersahur. Pelbagai hadiah atau tuperware yang cantik cantik disertakan sekali dengan pembelian.Yelah sekarang ni  pun saya lebih suka beli barang yang dapat hadiah free contohnya free cawan ke, sudu garpu ke dan lain lain lagi.


Dari segi pembelian pinggan mangkuk buruk pun saya dah kurang membeli berbanding 3 tahun yang lepas. Kalau dulu nampak aja cantik bunganya terus aja sapu,, sekarang tidak lagi seperti dulu. Dengan bertambahnya usia menuju ke era 40 an menjadikan saya lebih matang dan berhati hati semasa membeli tidak kiralah barang buruk atau baru. Hahaha. Cewahh,,,,


Semenjak saya rajin update blog ni,, saya rasa ada kemajuan pula. Boleh dikira berapa kali saya buka FB. Di FB memanglah banyak godaan dari segi penjualan barang barang atau hobi yang kita suka. Kalau tak kuat iman memang nak membeli aje baik teko, tudung fareeda, kain ela, vitamin kecantikan, biskut raya dan lain lain. Hihi jangan marah ye kawan kawan ni pendapat saya aje, tepuk dada tanya selera,,, beli berpada pada mengikut kemampuan kita.


Adoii panjangnye membebel ,,,,, jom layan gambar,,,,,



Di kedai kak Liza,Kedai Ipoh Loken ,Anggerik Mall Shah Alam




Di kedai Mr Lee, Maria Antique House, Seremban





Memang banyak barang barang kat kedai Mr. Lee ni,, terima kasih di atas layanan mesra Mr. Lee dan isterinya yang sudi melayan anak anak saya yang tak reti duduk diam kat kedainya,, hihihi.




Bersama kak Izan MK,kak Norbie dan Hana di Anggerik Mall






Kak Aida Al Kesah sempat berposing  sampai tertutup mata,,, hihihi, tq kak Aida sudi singgah rumah saya. Bawa buah tangan lagi dengan tureen dan pinggannya sekali kak Aida bagi,,, suka n sangat suka,, tq kak Aida.




Kek cokelat yang sedap, habis licin di makan oleh anak anakku. Tengok tu,,, semua koleksi PML bercorak batik pemberian dari kak Aida.



Kenangan semasa ke Loken, Ipoh 2012,, sempat juga singgah di kedai kak Zaiton, Pak Lang dan Alan.



Gerai kak Zaiton yang peramah,, tq kak sudi bersembang dengan saya,,





Tuu dia,, Pak Lang Antik yang bercermin mata tu dan encik Alan yang bertopi tetapi terselindung pulak. Mereka ni ramah ramah belaka.





Tureen comel beli di gerai Pak Lang dan sebiji cawan kopitiam sebagai hadiah dari Pak Lang, terima kasih ya.


Macam biasa,, mesti ada yang nak interframe,,,,, hahaha



Berlatar belakang suasana pasar Loken yang sungguh sesak dengan puluhan gerai semestinya penuh dengan peminatnya yang tersendiri.

 Bye,sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan