Sabtu, 13 Julai 2013

Terkenang Kenang Suasana Kampung

Salam 4 ramadan. Semoga sahabat di luar sana sentiasa sihat disamping menjalani ibadat puasa. Saya masih terkenang suasana di kampung tatkala bulan ramadhan. Masih terkenang ketika zaman kanak kanak dahulu. Seronok sangat bila emak suruh antar kuih muih ke rumah jiran jiran sebelum berbuka puasa. Kalau dahulu memang tiada bazaar ramadan,, kesemuanya emak buat sendiri. Begitu juga dengan jiran jiran dan saudara mara. Bila tengok kuih dan aneka mee, mihun , rojak, bubur lambuk,, terasa tak sabar sabar nak berbuka. 

Terasa puas sebab dapat tolong emak masak lauk pauk untuk berbuka dan juga membuat sedikit kuih muih. Baru terasa nikmat ketika berbuka puasa setelah penat memasak sepanjang petang. Hihihi. Zaman sudah moden tidak seperti 40 tahun dahulu. Memang di kampung saya dan juga pekan sekitar tidak ada lagi orang berjual makanan dan kuih seperti sekarang.

Bercerita tentang kuih, teringat saya kepada kuih kegemaran saya nii,, di kampung saya kuih ini terkenal dengan panggilan kuih '' pepudak"'. Emm mana nak cari kuih nii ekk,, ada ke kat KL,,memang tak pernah nampak pun kat bazaar ramadhan,,,, jom tengok gambar kuih nii, rasanya kalau orang banjar tentu tahu macamana nak buat kuih pepudak ni.Hihi saya tau makan aje,, belum sempat belajar dari emak lagi.
Psssttt, kalau buat bisness kuih ni tentu laku kan,,,,,,,,





Nampak hijau tu beraroma daun pisang lagi,,,, rindunya dengan kuih emak ni,,;,


Kita tengok cara penyediaannye pula ye,,, emm resepi belum tanya kat mak lagi,,, gambar ni dirakamkan semasa cuti sekolah bulan jun yang lepas,, hihi






Wah nenek dah ajar Arissa camane nak buat kuih ni,,




Kuih pepudak ni kena direbus dahulu sebelum dimakan,,,



Dah mendidih , bolehlah di angkat dan di sejukkan.

Bye.

2 ulasan:

  1. salam aina,
    bestnya suasana di kampong, terliur tgk asam pedas tuh....

    BalasPadam
  2. wasalam kak rohas, memang sedap asam pedas tu kak,, air tangan mak memang semua sedapkan,,, saya tengok gambar pun dah meleleh air liur, hihi, tq kak rohas.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...