Selasa, 10 Jun 2014

Balik Kampung dan Makan Makan

Salam mesra kepada semua sahabat pembaca blog WN. Minggu lepas kami sekeluarga pulang ke kampung bercuti ,,, biasalahkan bila cuti cuti sekolah gini baru boleh jumpa adik beradik dan anak sedara. Agenda utama kalau dah jumpa adik beradik semua tak sah kalau tak masak masak di rumah atau makan makan makan kat luar. Jom lihat gambar,,,




Memanglah kena masak banyak bila berkumpul beramai ramai,, kalau tak,, tak cukuplah,, yang ni untuk satu hidangan biasanya buat untuk 2 hidangan di meja makan kat dapur.




Ketam masak lemak
Sambal udang

Ayam goreng untuk anak anak, wajib ada,,,

Malamnya, bawak nenek jalan jalan makan makan kat sup kambing pekan Parit Sulong,,, kalau selalunya kami ke sini bersama  semua adik beradik dan anak sedara tetapi ada yang dah pulang ke kampung mertua masing masing pada sebelah petangnya.



Nenek bersama cucu



Sup kambing



Mee hoon sup





Sup ayam bersama roti,,,, menu kesukaan saya bila makan kat sini











Kalau nak datang ke sini, kena datang awal awal,, kalau tak takut kehabisan makanan,, hihihi sebab tempat ni memang sentiasa ramai pengunjung tak kira petang atau malam,,



Warung yang sudah semakin maju di pekan Parit Sulong

Ok , jumpa lagi.

Biskut Pretzel

Assalamualikum kepada semua pembaca blog WN yang dihormati, semoga rakan rakan semua sentiasa sihat disamping keluarga di musim cuti2 sekolah ni. Macam biasa selain daripada bawa anak anak balik ke kampung bercuti ke rumah atuk dan nenek ,,,,hobi baru akak tetap diteruskan,, hihi,, mencuba segala resepi di blog masakan,,, google saja macam macam keluar.

Percubaan pertama membuat biskut pretzel yang terhangat di pasaran. Agak susah juga nak dapat biskut pretzel yang dah siap ready made nii,, kena tunggu stok sampai pulak. Apa taknye,,, orang yang membeli dan memborong tuu,, bukannya membeli 1 plastik macam akak yang baru nak mencuba ni,,, boleh dikatakan,, semuanya memborong  berkotak besar,, haha,, aduyai,, rasa nak tergelak pulak bila dah ada hobi baru nii. 




Bahan bahan yang diperlukan seperti di atas,,, ramai geng masakan yang beritahu kalau nak rasa coklat yang best,,,, guna coklat beryls seperti di atas. Ada macam macam warna,, strawberry, hijau apple cuma pilih ajelah apa yang anak suka makan. Lepas tu beli gula hiasan yang manik manik tuu,,, emmm ada macam macam jenis gula hiasan,,, ikutlah citarasa masing masing.

Ini senarai harga barang di atas, akak beli di yummie bakery, mini pretzels 13.50rm, beryls coklat 15.50rm, gula hiasan sebotol 2.90 rm, tengok dari harga barang pun dah tahu barang mahal kan,, so kalau nak murah cubalah buat sendiri ,, hihi.



 Cunnnn tak,,,,,,,



 Budak budak cuti sekolah ni , bolehlah tolong emak celup pretzel tuu,,, nak strawbery ke, coklat ke,,,haa lepas tuu terus tabur gula2 hiasan tuu,,,, ok la tuu kan,,, sikit senget atau tak kemas tak mengapa,,anak anak baru nak belajar mencelup cokelat,,,dah pandai dah arissa tolong mama,,,,alamak lupalah nak bagitahu,, coklat tu masak atas api yee,,, guna double boiler agar kelikatannya sekata.





Ok,, selamat mencuba untuk biskut raya tahun nii, mesti gempak dan mendapat pujian. Bye2.

Ahad, 25 Mei 2014

Majalah Saji

 Salam sejahtera kepada semua pembaca blog WN.  Harini nak kongsikan sebahagian buku masakan yang saya kumpul dari zaman bujang lagi. Salah satunya adalah majalah saji kesayangan saya. Saya mula mengumpulkan majalah saji bermula pada januari tahun 1997 sehinggalah ke hari ini,, saya tetap setia dengan majalah saji biarpun lambakan pelbagai majalah masakan di pasaran.

Kalau dulu lepas baca saji terus aja simpan kat dalam lemari tapi semenjak hobi baru ni bermula,,,, terus semangat ingin mencuba menggebu,,, hadoiiiiii,,,terutamanya biskut, kek dan lauk pauk. Anyway tabik hormat kepada majalah saji kerana memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa sehinggalah tahun ini di mana majalah saji terus menjadi majalah masakan nombor 1 di Malaysia terutamanya dari segi kualiti kertas, gambar, resepi masakan dan lain lain lagi yang pada pendapat saya majalah ini sungguh outstanding.

Begitu juga dengan coretan pengarang daripada saudara Norjoha Ahmad memang bertepatan dengan isu semasa dalam hal hal kehidupan sungguh menarik sekali untuk di baca oleh semua golongan. Saya juga suka dengan ruangan koleksiku yang begitu mengimbau kenangan silam bersama barang barang  khazanah warisan lama yang perlu di simpan untuk tontonan generasi akan datang.

Wah panjangnya saya berceloteh,,,haha,,jom layan gambar pulak ye. Bila teringat kenangan masa berpindah randah dari zaman bujang sehinggalah berkahwin,,, majalah saji tetap saya pastikan sudah tersusun siap dalam kotak besar. Tak akan ku buang majalah kesayangan ni,, biarlah ada yang bersuara mengapa perlu nak angkut berat2 buku tuu,,,, tetap akan ku diam membisu seribu bahasa,,, hahaha. Kadang kadang kesian jugak pada mereka yang menolong mengangkat kotak majalah tu,,,,confirm mengeluh keberatan. Itulah cerita tentang keistimewaan majalah saji di mata saya.







Edisi terkini majalah saji bulan jun pra ramadan,,,,, mantappppp penuh dengan pelbagai resepi dan gambar biskut yang menarik,,,,,, tengok je gambar dah suka,,,,,,apatah lagi dihidangkan dalam pinggan lama, lagi akak suka dikkk,,,, haha.






Kualiti kertas yang bagus begitu juga dengan design gambar di muka depan,, sungguh menarik hati memandang.








Paling suka jengok ruangan koleksi ku,,,,, tapi akak belum hantar gambar lagi dik kat pengarang saji,,,rupanya banyak peminat barangan lama ni kan,,,memang seronok baca cerita diaorang nii.






Ruangan ni pun saya suka baca,,, penuh dengan cerita masam manis kehidupan. Kadang kadang baca tergelak seorang.



Ruangan ni pun bagus,, dapat menambahkan lagi ilmu tentang tempat tempat makan yang menarik di dunia.

Ok hingga jumpa lagi. Assalamualaikum.

Jumaat, 23 Mei 2014

Melayan Hobi Baru

Assalamualaikum kepada semua rakan pembaca blog yang dihormati,, semoga rakan rakan semua sihat sejahtera selalu. Dah lama juga saya bertapa tanpa membuat sebarang catatan di blog ini. Bukannya apa semenjak dah beli oven baru nii,,, asyik sibuk dengan menyoping barang kek dan biskut di bakeri, begitu juga dengan segala peralatan loyang,,,, hadoiiiii itulah bila hobi baru bermula. 

Saya bukannya jenis yang memang suka buat kuih, kek, biskut boleh dibilang dengan jari rasanya,,, hahaha,, sah2 memang setahun sekali kalau nak buat biskut tuu. Kalau kek tuu adalah rajin sikit sebulan sekali. Tup tup bila dah beli oven seminggu sekali buat kek, muffin, pizza dan biskut. Rasa seronok sangat dengan hobi membaking" nii terutama bila tengok anak anak makan kuih atau kek yang kita buat. Rasa nak tergelak je kan,, dah tua tua baru nak belajar. Apapun layan ajelah gambar nii,,,hihi



mixer berjaya,,,, bolehla nak berniaga roti lepas nii,, hahaha



soping loyang lagi dan peralatan bahan asas pizza





first time buat muffin dengan cup yang kurang cukup,,, bantai isi penuh2 takut tak cukup bekas,,, so macam biasa gebuzzz habis,,, rasa aduyai sebiji rasa muffin vanilla kenny rogers tuu,,,,sekelip mata licinn,,,



first time buat biskut dengan oven baru,,,, rasa kena belajar lagi tentang setting suhu dan masa sebab kebanyakan resepi kat blog n fb selalu tulis mengikut kepanasan oven masing2,,,, so kena praktis selalulah jawapnya,,,



kali pertama buat pizza


kali kedua buat pizza,, ada sedikit kemajuan hahah,,,,,



roti sarang lebah,, emm oklah  sedap tapi budak2 tak suka makan kuaci kat roti tuu,,,
kena menuntut ilmu buat roti nii,,, kali pertama guna mixer besar untuk uli roti,,,,seronok jugak,,,




masih banyak perlu dipelajari kan,,,ilmu masak memasak pun kena belajar dan praktical selalu,,,




soping loyang lagi,,, maklumlah satu acuan besi pun tak beli lagi,, yang ada dulu beli acuan plastik takat 3 jenis bunga aje,, hihihi,,, adoyaiii,,, anak anak pun dah pandai,, mama asik pergi kedai yummie aje,,,ngape taknak jalan2 sogo atau alamanda,,, haha




percubaan pertama buat biskut lidah kucing nii,,, lega jadii walaupun dok terkial kial letak adunan kat loyang tuu,,,,rasa sedap walaupun senget.

Ok itu saja untuk kali ni,, hingga jumpa lagi, bye2.

Rabu, 7 Mei 2014

Biskut Florentine

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Semoga anda semua sihat sejahtera di samping kerjaya dan keluarga anda.

Sekarang akak dah ada hobi baru pulak,,,, hobi masak memasak. Lagilah semenjak dah beli oven baru nii,,, memang kena rajin untuk mencuba segala resepi tak kiralah biskut, kek atau roti. Di tambah pula dengan anak anak yang sedang membesar memanglah makanan tuu,, orang kata kena standby selalu. Jom layan gambar.


Ini dia oven baru akak,, europa valencia,,,, teruja tak,,,dah lama berangan nak buat biskut florentine nii,,,memang sesuai sangat dengan oven nii sebab traynya boleh muat size 14 atau 15 inci yang besar tuu,,,,




 Nampakkkk,, tu dia siap sedia untuk dimasak,,,,


Tengok tuuu,,,, dah siap potong, agak agak je,, bolehlahkan takdelah pro sangat,,,





Oleh sebab teruja sangat,, sebab perasmian pertama buat biskut dengan oven europa nii,, so akak bakar 13 minit saja dengan suhu 170 celcius,,, kalau ikut resepi dalam 15 minit biar nampak gelap coklet keemasan.





Emmm,, bolehlah,,,kena cuba lagi ni bagi nampak lagi cantik,,,jangan gelak ye kawan kawan
apapun tetap sedapppp dimakan,,,,hihi




Si kecik syahira tak henti mengunyah biskut nii sampai kekenyangan lupa susu,,, hihihi.


Ok ini resepi ringkas yang akak guna,,,akak copy dari blog azlita masam manis,

-200 gm tepung florenta ( sebungkus 500 gm berharga rm15.90),, boleh dapat 2 adunan kan,,,

-200gm almond flakes ( sebungkus 250gm yang kecik harganya rm 11.50),,,, mahalkan,,,,patutlah biskut ni                                       orang jual mahal)
-100 gm kuaci hijau      ( sebungkus 250 gm rm7.50)

-20 gm bijan hitam        ( sebungkus 250gm rm4.90)   

- kertas parchment ye,, bukan kertas minyak biasa untuk elakkan biskut melekat di tray,, kat kedai bakeri ada jual,, 4 keping rm 1.90.

-pisau pemotong pizza,,, harganya rm 7.50

Harga di atas tu, akak beli di Yummie bakery,,


Cara Membuat,,,

1 ) Badam dan kuaci perlu dibakar dahulu , suhu 170 celcius selama 5 minit

2 ) Sediakan loyang, alas loyang dengan kertas parchment

3 ) Panaskan oven suhu 170 c,

4 ) Tuang semua bahan dalam loyang,, ratakan biar nipis dan sekata

5 ) Bakar sehingga masak,, selama 10 minit hingga 15 minit mengikut kepanasan oven masing2

6 ) Keluarkan dari oven, terus potong kepada kepingan,,,, memang panaslah sikit,, akak pun terkedek-kedek juga potong, hihi

7 ) Sejukkan

Untuk pemahaman yang lebih lengkap,, sila lihat di sini


Ok, selamat mencuba, jumpa lagi.

Sabtu, 26 April 2014

Mood Catuan Air

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog WN. Semoga anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Lama juga akak tak menulis, kesian pulak kat blog yang dah berhabuk ni ,,, hihi. Bukannya apa,, macam kurang mood sebab kawasan tempat tinggal akak masih dalam catuan air. Selang 2 hari air akan ditutup dan dibuka balik. Jadinya banyaklah kerja yang terbengkalai yang akan dibuat kalau air dah ada,, biasalahkan kalau keluarga ramai,, satu hari tak basuh kain baju habis berlambak lambak baju dalam bakul.

Haritu kat dalam suratkhabar katanya tempoh catuan sehingga bulan julai,,, tetapi baru baru ni disebabkan tiap tiap hari hujan so tempoh catuan air di Selangor sehingga akhir bulan april. Harap2 betul la tuu,, senang sikit nak buat kerja kerja dapur.

Gara gara catuan air,,, kat mana mana kedai pun harga tong air pun melambung. Saya sendiri berabis dekat 300 hengget,,, beli 3 tong besar,,, aduyaiii. Jom layan gambar kat bawah ni,,, rasa nak tergelak bila tengok gambar kartun ni yang saya ambil gambarnya dari suratkhabar utusan.




Tengok bapak kartun tuu,, tadah air. Hihihi.




Kerahan tenaga untuk suami dan anak anak jugak ye,,,tolong angkut air dan tadah air. Kesian kat emak,,,Hahaha



Dah beli tong air mahal mahal,,, kenalah digunakan sepenuhnya walaupun hari hujan,,, lucu tak kawan kawan,,,,






Ok hingga jumpa lagi.


Khamis, 17 April 2014

Angpow2 bank 2014

Salam sejahtera kepada semua rakan rakan pembaca blog WN. Mood rajin harini so nak update koleksi angpow2 dari bank pulak. Jom tengok cuci2 mata ye tak kisahlah tak kumpul pun takpe janji mata tengok,,,






Dari maybank, yang angpow besar tu private banking punya.




CIMB



UOB


 Hong Leong Bank





Bank Rakyat




Public Bank




Affin Bank





HSBC



Alliance Bank



RBS





RHB





Standard Chartered Bank



OCBC



BSN

Setakat ni ini saja koleksi angpow tahun baru cina dari bank2 Malaysia yang saya ada. Itupun hasil dari pertukaran dengan kawan kawan fb. Yang saya cari sendiri hanya maybank yang biasa tu saja itupun dapat sebab berurusan masa nak raya cina, kalau tak memang akan cepat habis kan,

Ok jumpa lagi.