Salam semua rakan rakan sekelian, sibuk ke? Dah sampai kampung ke nak raya nii. Hi hi hi saja nak cerita semalam bawa anak anak berbuka puasa di luar, saja nak cuci mata melihat aneka juadah pelbagai makanan terutamanya di restoren atau di hotel. Ini kejutan daripada encik suami. Walaupun kepenatan balik tuisyen budak budak ni pun excited sangat nak berbuka di luar. Banyak sangat pilihan makanan sampai tak tau nak pilih yang mana. Macam macam ada sampaikan ubi kayu cecah ngan sambal tumis dan keledek rebus pun ada. Apalagi hentam sajalah.
Assalamualaikum Yong, wah berbuka sakan. Akak mmg tak boleh makan buffet posa-posa ni sbb tak kuat makan, rugi jer bayor mahal2 tak boleh makan. Selamat berpuasa!
BalasPadam