Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger dan silent readers yang dikasihi sekalian. Bertemu kembali di entry terbaru saya dalam suasana petang raya. Sibuk ke, kawan kawan semua merebus ketupat, memasak rendang dan menyediakan pelbagai juadah lebaran untuk di sajikan berbuka puasa nanti dan esok hari. Wah tentu meriahkan. Pada tahun ini kesemua adik beradik saya berkumpul dirumah bapa saya di kampung. Tatkala ini saya sedang menolong ibu saya menyediakan pelbagai juadah hari raya nii .Riuh rendah di dapur dengan suara anak anak dan sepupu mereka sedang bermain main di halaman rumah. Sambil menyelam,minum air. Sambil tolong memasak,buat new entry.
Saya, suami dan anak-anak serta seluruh ahli keluarga "Warisan Nenek" ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kami semua menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan kepada semua blogger, followers dan silent readers andai kata ada tersalah dan tersilap disepanjang kita berblogging di alam maya ini. Semoga hari raya pada tahun ini dapat kita raikan dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran.
P.S.:Kepada semua followers dan teman teman maya kalau sudi janganlah lupa untuk mengambil kedua-dua kad raya saya ini.Terima kasih.
SALAM AIDILFITRI BUAT AINA SEKELUARGA..MAAF ZAHIR BATIN. HARAP CERIA DI-HARI RAYA.
BalasPadam