Hai rakan semua, kita bertemu kembali di arena blogg nii, apa khabar semua kekawan kat luar sana. Masih teringat suasana beraya kat kampung lagi ke? Dah nak dua minggu kita beraya dah tentunya anak anak saudara saya yang baru lepas mengambil UPSR tentulah lega dan boleh sambung beraya semula, begitu jugalah dengan ibu bapa diaorang mesti lepas ni tenang sikit kepala tuu bila makan biskut raya. Hi hi hi. Jomlah tengok gambar gambar raya nii sambungan daripada n3 semalam.
Tengoklah tuu masih terbayang bayang lagi lauk hidangan pagi raya bila tengok gambar nii. Bagi yang ada anak kecil macam saya tak bolehlah nak makan sepuas puasnya , kena tunggu anak tidur atau ada orang nak tengok tengokkan. Yelah bila balik kampung apalagi operasi memanjat dan turun tangga bagi anak anak kecik nii. Farhan pulak pandai panjat tangga tapi turun tak berapa pass makanya saya dengan senang hati duduklah di tepi tangga tuu dengan setianya. Kwang kwang kwang.
Tengok tuu, tapai pulut yang dibuat daripada ragi dan air pucuk manis, emak dan kakak saya yang buat. Kat kampung saya majoriti masyarakat banjar memang famous gan tapai nii terutamanya masa raya. Memang sedap taww jangan pulak kawan kawan telan air liur ye.
Laa, budak budak nii memang dah get ready nak p rumah Onyang. Orang tua je yang letih belum bersiap siap lagii. Hi hi. Biasanya keluarga saya bertolak ke rumah nenek saya di Sri Gading selepas solat maghrib atau selepas asar tetapi tahun ni rombongan beraya lewat sikit habisnya sebab rehat sekejap, time sembahyang jumaat dan cuaca pun hujan jadinya jam lima petang baru selesai. Tabik hormat kat bapa saya dan orang orang veteran yang masih lagi setia menjunjung adat berombongan raya nii.
Kelihatan sebahagian pakcik dan cucu cucu nenek di ruang tamu hadapan. Amir dan Danish pun join sekali. Tradisi beraya ke rumah nenek nii memang menjadi agenda wajib ibu dan bapa saya semenjak dahulu lagi. Saya masih ingat lagi ketika saya kecil kami menaiki kereta ke rumah nenek saya yang di pandu oleh bapa pada petang raya pertama sehinggalah saya berkeluarga nii, tradisi berkunjung ke rumah nenek tetap di teruskan dengan berkonvoi bersama adik beradik yang lain.
Memandangkan bapa saya dah berumur 75 tahun jadi giliran kami adik beradik pula membawa bapa dan emak. Bila terkenangkan balik terasa begitu indah memori silam beraya bersama arwah atuk yang telah tiada yang riuh rendah menyambut anak cucu pulang beraya ke rumahnya.Kini tinggal nenek sebelah emak saya berserta pakcik bungsu dan keluarganya yang tinggal menemani nenek di sini.
Amboii tengok tuu, hubby saya macam nak tidur je kat buai tuu. Letih laa tuu sepetang beraya di kampung. Tengok tuu bapa saya, steady lagi berborak dengan pakcik dan abang emak saya yang berbaju merah tuu.
Lihat tuu penuh sesak ngan cucu dan cicit nenek saya. Ada seramai 37 orang cucu yang berkumpul menjengok nenek malam tuu dan cicit nenek yang kesemuanya ada 27 orang juga berkumpul di rumah nenek untuk merayakan syawal pada tahun ini manakala piutt nenek ada seorang jeek yang berusia enam bulan. Kesemua anak nenek saya yang seramai 11 orang juga bersama pasangan masing masing tetap setia menziarahi nenek untuk beraya bersamanya walau di mana saja mereka berada. Ada lapan orang cucu nenek dan keluarga mereka yang tidak dapat beraya bersama nenek pada tahun ini kerana berhari raya dengan mertua masing masing.
Nenek saya yang telah pun berusia 90 tahun bergambar bersama anak anak perempuannya kecuali seorang cucu sulong beliau yang bertudung coklat. Tidak seperti tahun tahun yang lepas, raya tahun ini nenek cuma berehat di katil kerana keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu sihat beberapa bulan ini. Dua minggu sebelum raya nenek telah di hantar pulang ke rumahnya di atas permintaan nenek sendiri ingin berpuasa dan berhari raya di rumah beliau. Setiap bulan nenek tinggal di rumah anak anak nenek yang berlainan kerana ingin berjalan jalan menikmati percutian bersama anak anak yang lain. Biasalah kan tukar tukar angin.
Ini adalah pemandangan biasa di dapur nenek bila raya, penuh dengan bermacam macam lauk pauk yang di bawa oleh anak anak nenek. Macam macam ada, tengok tu si Farhan pun sibuk gak bila tengok makanan banyak banyak tuu.
Gambar Amir dan Arissa dengan sepupu mereka iaitu anak adik saya yang duduk di Penang di pagi raya ke 2. Awal awal lagi budak budak nii dah bangun.
Tengok tuu, husband saya sibuk melayan saudara mara yang datang bertandang. Macam biasalah orang perempuan tengah bersilat di dapur menyediakan makanan tengahari. Kalau dekat rumah ibubapa saya di kampung memang pada minggu pertama raya tuu, emak akan menyediakan makanan yang di masak khas untuk saudara mara dan juga adik beradik emak dan bapa yang datang beraya. Nampak tak roti jala yang kat dalam dulang tuu, sedapp tuu dan di makan ngan kari daging dan rendang. Memang terancam.
Gambar di atas kedatangan emak mertua saya bersama adik beradik suami saya di rumah bapa saya. Apalagi bertambah seronoklah anak anak saya bermain dengan sepupu sepupu mereka. Kampung saya tak berapa jauh daripada kampung suami kira kira setengah jam perjalanan dah sampai. Hi hi.
Alamak bermain mengutip batu ke?
Kesian pulak ngan anak saya dan sepupu mereka, lama menunggu mengajak kami beraya dari pagi sampailah ke malam lepas maghrib barulah free nak berjalan beraya. Biasalah hari raya memang banyak agenda tersendiri terutamanya adik beradik saya yang lelaki dan juga husband saya ada banyak tempat yang diaorang nak lepak bersama sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan