Rabu, 22 September 2010

Cerita Raya 2010





Salam lebaran kepada rakan rakan maya semua. Apa khabar, syok tak raya kat kampung mesti bestkan jumpa semua kaum keluarga dan saudara mara yang dah lama tak bertemu. Jom layan je lah gambar raya keluarga saya di kampung di daerah Batu Pahat, Johor. Edisi pagi shawal adalah agenda bersalam salaman dimulai dengan kesemua cucu cucu bersalam dengan datuk dan nenek. Tengok tuu kesemua cucu sibuk ambik barisan nak bersalam gan atuk nak dapat duit raya la tuu.




Si Farhan nii pun bangun tidur je terus bersalam gan atuk. Hi hi hi tak tukar baju raya lagi, apalah mama nii tak nak kejutkan saya awal awal.





Gambar bapa dengan abang dan adik saya iaitu Pak Long, Pak Ngah dan Pak usu sebelum ke masjid untuk bersembahyang raya. Pada tahun nii kat Batu Pahat majoriti kesemua kawasan hujan lebat di pagi raya. Sungguhpun begitu anak saya dan sepupu mereka bersemangat betul nak pergi menunaikan sembahyang raya walaupun hujan dan mereka turut serta dalam rombongan raya ke rumah rumah di kampung selepas selesai bersembahyang raya. Wah memang hebat semangat beraya nii.






Kelihatan kanak kanak turut serta dalam rombongan beraya. Mereka inilah pelapis warisan bangsa untuk mengantikan generasi lama nanti. Diharap tradisi rombongan beraya di kampung saya ini kekal sampai bila bila. Memang meriah dan susah nak jumpa sekarang kan edisi beraya selepas sembahyang aidilfitri ini. Hampir kesemua rumah menyajikan dengan makanan yang enak enak terutamanya ketupat, rendang, soto, laksa dan bermacam macam lagi. Walaupun penat dan kenyang perut, beraya tetap raya.










Tengok tuu Farhan pun ikut marhaban jugak. Mesti dia heran kan kenapalah orang ramai ramai nii dan ada kuih dan air sirap kat atas meja. Baik pulak Farhan nii dia tak tarik tarik alas meja dan bekas biskut raya tuu. Nanti bising pulak makda. Hi hi hi.







Oklah ye kawan kawan semua, esok kita sambung cerita ceriti. Kesian pulak kat blog yang dah lama saya tak meng entry nii dah nak dekat dua minggu kita beraya cepat je masa berlalu kan. Bye bye. See u all tomorrow.

































Tiada ulasan:

Catat Ulasan