Jumaat, 3 September 2010

Edisi Cuci Mata

Salam semua kawan kawanku sekelian. Mesti anda semua sibuk buat persiapan hari raya kan yang bakal menjelang tak lama lagi. Saya pun sama penat lak juga mengemas gemas rumah dan membuat sedikit biskut raya untuk di bawa pulang ke kampung. Cadangannya hari minggu ni baru nak buat kek untuk raya pulak. Bagi kakitangan kerajaan wah tentu seronok dapat bonus raya kan begitu juga sebahagian daripada kakitangan swasta. Hi hi hi, surirumah macam aku ni tak dapat bonus lagi pun, kena tunggu lepas hari raya nanti my birthday sampai, apalah hubby nak bagi hadiah pada tahun nii. Ok lah korang semua mesti penatkan buat persiapan raya nii jadi catatan kali ini special untuk korang cuci mata. Semuanya koleksi abang Din dan kak Gee (MAHA). Jom tengok. Betapa cantiknya tiffin biru seperti di atas tuu.Memang mengancam.

Perrh, pelita lama nii. Saya pun takde koleksi ni dan nampak antik sesangat.



First time saya tengok kendi lama berwarna begini.





Piring merdeka, wahh bestnya kalau dapat nii. Teman teman kat luar tu kalau ada extra emel saya ye. Berapalah harganya sekarang kan? Tentu mahal yelah dah 53 tahun.





Closed up piring merdeka dari jarak dekat. Tertera lagi tulisan dan laungan merdeka. Bye bye jumpa lagi ya.




1 ulasan:

  1. Tkasih Aina jd follower kita. Panggil je kak CT. Minat kita serupa la. Ada yg nak jual tk barang2 tu. Cite ehh!!

    BalasPadam