Jumaat, 12 November 2010

Bekas Kuih Retro 70 an

Hai semua, apa khabar, harini saya rasa dah ada mood nak beraya haji pulak kat kampung pada minggu depan. Baru nak mencari resepi buat biskut raya kat blog CMG dan rakan rakan masak yang lain. Maklumlah barangan nak buat biskut dan kek, balance raya puasa lepas ada banyak lagi, jadi saya nak clearkan stok takut expired pulak. Apapun layan jelah gambar bekas kuih retro ni, memang teringat masa zaman saya kanak kanak dulu. Buatan dari England rasanya buatan tangan kot nampak halus je tapi tak taulah pulak ye ke tak. Kacanya nampak mantopp dan bersinar. Bertelinga dua kira dan kanan untuk menyenangkan si empunya tuan rumah memegangnya selepas mengisi kuih atau kek. Jom tengok ye,











Sedapnya kan kalau boleh makan makan biskut raya time raya haji nanti. Aduhai bila fikir apakah buah tangan yang nak di bawa ke kampung nanti, kenalah saya tambahkan kerajinan nak membuat biskut nii, hi3 budget beli biskut raya dah lari kepada beli teko dan pinggan cawan lama. Bye bye.

2 ulasan:

  1. Salam Aina

    Akk pon ada koleksi nie...ada 7 biji..wah meriahnya koleksi bekas kuih lama aina..suke tgk.

    BalasPadam
  2. Salam Aina..nak jual tak bekas kuih raya tu

    BalasPadam