Rabu, 17 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha




Salam 1 Malaysia, semoga rakan rakan maya semua sentiasa sihat di samping keluarga pada hari raya haji yang mulia ini. Saya bersiaran dari kampung saya di Batu Pahat, Johor. Memandangkan hari ini hari raya haji, jadi n3 harini saya nak tunjukkan antara koleksi bekas kuih lama yang saya ada. Set bekas kuih ini di namakan set air mata. Pada mulanya saya tertanya tanya jugak kenapalah di namakan set air mata, intai punya intai rupanya di dalam mangkuk kuih nii, ade lambang lekuk mata bersekali dengan bulu mata, hebat tak orang orang dulu kan, very simbolik sekali. Teori saya senang je mungkin yang berlekuk lekuk kat sekeliling bekas kuih ini atau apa saja set yang seangkatan dengannye seumpama air mata yang menitis ke bawah maka jadilah ianya berlekuk lekuk seakan akan bulatan bulatan kecil . Hi hi hi, alamak dah melalut pula saya nii. Jomlah tengok




Cantikkan kawan kawan, dulu pada mulanya saya hanya berminat untuk mengumpul teko, cawan dan pinggan lama porselin sahaja tetapi di atas nasihat otai pinggan mangkuk maka saya pun membeli set bekas kuih ini, memandangkan susah untuk mendapatkannya pada masa sekarang lagipun pada hari raya puasa yang lepas semasa beraya di rumah saudara mara di kampung saya terlihat set ini kelihatan sangat klasik dan nampak mahal jee apabila diisi biskut atau kek raya didalamnya dan diletakkan di atas meja.





Yang ini pula adalah mangkuk air basuh tangan. Memang sesuai sekalikan apabila digandingkan bersama bekas kuih ini dan diletakkan di atas meja untuk memudahkan para tetamu mencuci tangan selepas makan biskut atau kek raya. Ok kawan kawan , saya permisi dulu ye. Bersempena hari yang mulia ini saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kata kata dari blog saya ini yang telah mengguris hati rakan rakan semua. Setiap koleksi yang telah dipaparkan hanyalah sebagai hobi untuk bertukar tukar idea dan pendapat dan tidak bertujuan untuk menunjuk nunjuk atau bersifat riak. Selamat bercuti dan berhari raya. Bye bye.

5 ulasan:

  1. Memang nostalgik bekas kuih ni, ia mengingatkan kepada nenek saya yg telah tiada...sedih.

    BalasPadam
  2. salam aidil adha aina,

    bekas kuih & set2 lain air mata ni mmg cantik, popular zaman 70an dulu, bertuah aina dpt collect...akk lum jumpa lg ni...hehehe

    BalasPadam
  3. salam airmata qurban..salam aidiladha buat warga BP n sekapal..secantiknya tangisan bekas kueh airmata.

    BalasPadam
  4. salam aina
    bekas kueh lama yg kini menjadi nostalgia..salam aidiladha aina.

    BalasPadam
  5. Salam to MSOM, kak rohas, bro shariff n kak aton,
    Terima Kasih,

    sememangnya bekas kuih yang lama ini penuh dengan nostalgia zaman kita kanak kanak dulu, barang warisan yang perlu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.

    BalasPadam