Ahad, 21 November 2010

Selamat Hari Jadi, Amir




Bertemu kembali rakan rakan maya semua, didoakan agar anda sihat sejahtera. Bagaimana dengan sambutan hari raya haji beberapa hari lepas, seronok ke kepada teman teman yang pulang ke kampung tuu? Ada terjumpa dengan khazanah barang antik ke di kampung kampung atau tersinggah ke kedai antik semasa perjalanan balik atau pulang ke kampung? Hi hi hi, semuanya godaan kan taklama lagi anak anak dah naik sekolah, ada yang baru nak masuk sekolah atau memasuki asrama, kesemuanya perlukan duit. Ingat tu rakan rakan semua, saya pun mengingatkan diri saya juga supaya memandang sebelah mata je apabila pergi ke kedai antik atau flea market, cuma mencari sugar bowl dan creamer saja untuk menambahkan koleksi yang sedia ada tetapi saya rasa dua barang tu harganya sama dengan sebiji teko aladin. Apapun tepuk dada tanya selera, kalau mampu kita beli jika sebaliknya berlalu pergi sajalah.



Semalam 20 november, genaplah anak sulung saya berusia 10 tahun. Tiada sambutan hari jadi cukuplah dengan hanya memotong kek sahaja. Kali ini saya memberi kebebasan kepada Amir untuk memilih birthday kek yang di sukainya di Secret Recepi. Selalunya memang saya akan pilihkan tapi kali ini memandangkan anak saya pun dah besar , biarlah Amir memilih sendiri asalkan tidak mencecah ke rm 100 sudahlah.


Kepada anakku Amir Akhtar, mama dan papa sentiasa berdoa semoga Amir menjadi anak yang soleh, sentiasa berusaha untuk memajukan diri dalam pelajaran samada ilmu dunia dan agama dan berjaya menjadi insan yang cemerlang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan