Salam 1 Malaysia, apa khabar semua rakan rakan maya? Di harapkan agar anda semua sihat menjalani tugas seharian. Macamana dengan cuti bersempena raya deepavali lepas, seronok ke? Saya sekeluarga pulang ke kampung menjenguk bapa dan emak, rasa dah lama sangat tak balik kampung yelah dari cuti raya aidilfitri lepas.
Kali ini nak tunjuk gambar penambahan dalam koleksi VCR takdelah banyak dapat. Sememangnya susah nak dapat cawan mulut lebar VCR dari China ni, dah lama tunggu dan dah lama tak nampak kat mana mana flea market. Agaknya dah habis stok kot, makanya saya rembat jelah cawan VCR dari Japan ni. Rasanya pembuatannya lagi lebih halus berbanding dengan buatan dari China yang saya ada tetapi bentuk A shape seperti mana n3 yang lepas. Apapun harga memang menarik dan lebih murah tetapi ianya tiada berpiring. Jomlah tengok kat bawah ni.
Pinggan VCR ni memang dari China, cuba kawan kawan bandingkan dengan bunganya yang dari Japan tuu, ada bezakan seperti juga macam pelita VCR dari China dan Japan, memang jauh beza maaa. Hi hi, begitu juga barang dari England, tepuk dada tanya selera, daku tak mampu untuk membelinya cukuplah koleksi dari China dan Japan sahaja. Bye bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan