Jumaat, 30 Ogos 2013

Gambar Sebagai Kenangan

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Semoga kalian sihat sihat selalu. Masih terkenang gambar gambar beraya tahun 2012 dan sebelumnya ketika beraya bersama mereka yang telah tiada. Al fatihah. Semoga rohnya di tempatkan bersama sama orang orang yang beriman.



Gambar raya arwah bapa mertua dan emak tahun 2012,,,




Gambar raya tahun 2010 bapa bersama bapa mertua,,,,




Kenangan gambar arwah atok sulong semasa bercuti di Cameron Highland disember 2012. Turut kelihatan amir, mak ngah lia dan alif.





Gambar bapa bersama arwah nenek sebelah emak di hari raya pertama tahun 2012,, ketika itu arwah nenek masih lagi sihat cuma tidak berapa kuat untuk berjalan dan menggunakan kerusi roda.




Gambar beraya tahun 2009 bersama nenek oonyang,,akmal, danish, amir, arissa, kak long fatin.



Kelihatan emak bersama adik adiknya di ruang makan di dapur nenek. Kalau dulu memang tak cukup 2 meja kat sini. Sebahagian makanan dan kuih muih diletakkan di ruang tamu.




Masih terasa lagi kemeriahan di rumah nenek pada setiap kali malam hari raya pertama. Di rumah nenek lah kami semua cucu, cicit,piut berserta anak anak nenek semua berkumpul. Tradisi begini memang telah lama dikekalkan semenjak saya masih kecil lagi. Masa tu lah nak jumpa semua sepupu yang dah lama tidak berjumpa,, hanya setiap kali raya saja kami berjumpa di rumah nenek. Kalau nak dikira rasanya semua cucu, cicit dan piut lebih kurang dekat 100 orang. Raya tahun ini,, rumah nenek sunyi dan sepi tiada suasana tawa riang dan jerit pekik anak, cucu, cicit dan piut. Al fatihah untuk arwah nenek.





Gambar kenangan bapa bersama aidil, abang long dan abang ngah. Al fatihah untuk arwah abang sulong, berbaju kuning. Gambar ini dirakamkan pada hari raya pertama 2010, semenjak ketiadaan beliau di bulan november 2011, setiap kali hari raya sudah pastinya  kami semua akan terkenangkan jasa dan kebaikan abang long terutamanya dalam bab memasang pelita, membeli bahan mentah persiapan hari raya bersama bapa, membawa budak budak ke kedai beli aiskrim dan sebagainya.


Tidak kira samada kita muda atau tua,, pada saya adat berkunjung ke rumah saudara mara perlulah dikekalkan. Bukannya apa secara tak langsung anak anak kita pun akan menghargai warisan orang melayu tatkala menyambut aidil fitri. Kesemua saudara mara dapat berbual dan bercerita dengal hal masing masing kerana masa hari raya ni lah kita dapat bertemu dengan saudara mara, sepupu, jiran tetangga dan lain lain. 

Generasi sekarang,, apa yang saya dapat lihat mereka sibuk dengan berhandphone, bermessage, bermain ipad,tab, bermain game sambil lupa untuk berkenalan atau berbual dengan saudara mara seusia mereka.
Marilah kita mendidik anak anak kita agar mereka tahu mengenal budaya berhari raya,, mengenal kuih kuih baru dan lama,, mengenal bekas kuih lama dan baru pun tidak terkecuali,, hihihi.

Ok cukup sampai sini,, bye. Kita jumpa di lain catatan.



2 ulasan:

  1. asalam Aina..tu lah sediih bila dikenangkn

    BalasPadam
  2. wasalam nekcik, bila tiba hari raya memang sayu rasa di hati bila teringatkan mereka yang telah tiada. Kenangan kenangan lalu ketika pernah beraya bersama mereka meninggalkan memori yabg sungguh indah di hati. Al fatihah kepada saudara mara yang telah tiada,, semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang orang yang beriman.

    BalasPadam