Khamis, 17 Oktober 2013

Cerita Raya Haji Lagi

Bertemu kembali kepada semua pembaca setia WN,,, ok kita sambung cerita tentang hari raya aidil adha kelmarin. Jom tengok gambar,,,,

Pelbagai juadah di pagi raya yang dimakan bersama lontong,,,


Ayam masak kicap berempah


Sambal hati dan pedal ayam


Rendang daging


Masak lodeh

Dah selesai makan,,anak anak, anak sedara dan pakcik makcik pun pergi ke surau tak jauh dari rumah nenek untuk menyaksikan ibadah korban,,,,biasanya dilakukan setelah selesai sembahyang sunat hari raya aidil adha,,,,,







Ada 6 ekor lembu semuanya,,,, wahhh banyak tuu,, semangat bekerjasama jelas kelihatan pada penduduk kampung di sini terutama dari aktiviti menyembelih, melapah, memotong dan membungkus. Terbaik lah,,,,,




Arissa, farhan, nurul dan zana sempat posing lagi, hahahaa, tak takut ke ada kepala lembu kat situ,,,, lariiiii



Sup tulang lembu di petang raya aidil adha,, dicicah bersama sambal kicap,,,,, stail johor laaa


Emmm,, sempat lagi emak gorengkan keropok sanggul niii,,,buat bekal nak balik KL,,, hahahha


Ok hingga jumpa lagi, bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...