Jumaat, 21 November 2014

Aku dan Cross Stitch

Sememangnya tiba tiba rasa jatuh cinta sekali lagi dengan hobi sulaman cross stitch ni gara gara mengemas stor bulan lepas. Pabila terpandang selonggok plastik yang berisi paten or chart' xs,,,, mak aiiii zaman bila pulak saya dah terover soping menyoping paten xs ni. Hahaha, itulah kenangan paling manis di zaman bujang bersama rakan rakan sekerja terutamanya kami yang bekerja "night shift" untuk mengelakan dari tertidur di tempat kerja. Zaman berlalu begitu pantas rupanya hampir 15 tahun saya dah tak menyoping barang xs, kalau adapun cuma menyiapkan projek yang terbengkalai itu saja yang benangnya semua sudah dibeli 15 tahun yang lepas.

Apabila sudah melangkah ke alam rumahtangga, makanya hobi yang menjadi kesukaan saya suatu waktu dahulu juga telah bertukar secara automatik, hahah. Harap harap semua pembaca fahamkan,, biasalah tu bila dah ada anak secara tak langsung tumpuan kita hanya untuk anak dan rumahtangga.

Jom tengok sebahagian paten xs yang saya ada. Emm harap maaf kamera kurang memuaskan ye,,, gambar pun tak berapa terang,,, tengah berangan nak beli kamera baru.





Aku dan bunga memang tidak boleh dipisahkan,,,,,hihi. Kebanyakan cross stitch yang saya buat dulu memang kebanyakannya bunga2. Sekuntum bunga ros mekar juga adalah permulaan cross stitch bagi saya semasa berumur 17 tahun ketika menunggu keputusan SPM. Masih teringat lagi ketika itu , bapa lah yang mengajar saya cara cara membuat cross stitch hingga pandai. Rasanya ketika itu sehelai benang hanyalah 70sen atau 80sen. Terima kasih bapak kerana memperkenalkan xs kepada saya dan sesungguhnya kenangan itulah yang akan saya ingat setiap kali menjahit xs.





Nampak klasik je rumah lama ni, macam nak buat je paten ni, tapi tak taulah bila,,,





Gambar perempuan korea or japan or china nii, memang tersangat famous kat kedai xs di Yik Foong, Ipoh pada zaman dulu rasanya semua kedai alatan xs ade je gampar amoi nii. Bila terpandang je gambar ni kat kedai xs rasa macam nak buat je tapikan setelah saya bermula dengan xs gambar air terjun yang besar tuu,,, alahai rasa macam tak sanggup nak buat gambar pemandangan yang besar besar ni, memang mencabar kesabaran, ooohh.




Paten yang ni pun memang menjadi kegilaan geng geng xs semasa kerja dahulu. Boleh dikatakan semua geng menanam semangat nak buat pemandangan ni termasuklah saya sendiri. Bila tengok kawan kawan yang dah mula buat paten ni rasa macam susah je diaorang' nak menyudahkannya, alahai tak sanggup akak so secara automatik tukar pulak dengan jahitan bunga.
Itulah ragam saya dan geng geng xs yang kebanyakannya masa tu masih belum berumahtangga. Kami sanggup menghabiskan duit gara gara meminati hobi ni,, errrr bukan murah ye kalau nak beli benang n kain sekali harung bagi mereka yang bekerja biasa biasa jek macam saya.


Oklah itulah cerita kenangan saya bersama cross stitch satu masa dahulu. Betul kata orang kalau dah buat xs sampai tak mau dating atau lepak lepak kat soping komplek ke ape,,pak we pun boleh marah tau. Hihihi, memang kerjanya akan terperap kat rumah melayan hobi yang mengasyikkan ini.

Jumpa lagi, bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan