Selasa, 25 November 2014

Jalan Jalan ke MAHA 2014

Salam mesra kepada semua pembaca setia blog WN. Semua anda semua sihat sejahtera bersama tugas dan keluarga. Bila musim cuti sekolah penghujung tahun ni, biasanya memang aktiviti bawa anak anak berjalan jalan.

Bersempena dengan minggu MAHA , so peluang begini memang tidak akan dilepaskan. Sesekali memang seronok tengok lembu, kambing, kuda, produk produk makanan IKS dari kampung, jentera, jualan pokok bunga orkid,buah buahan,mesin asas tani dan pelbagai lagi. Di sini juga ada disediakan gerai gerai menjual makanan, pengangkutan awam, pertandingan mewarna untuk kanak kanak dan sebagainya. Jadi kepada anda yang nak ke sini jomlah memeriahkan MAHA bermula dari 20 hingga 30 november.

Layan gambar,,,






Gelagat anak anak dengan kuda. Wahhh ramai peminat kuda ni, semuanya nak ambik gambar.



Siapa yang nak naik kuda, pun boleh,,, kena beratur tawww.



Ade sesiapa yang nak naik kereta lembu,,, apa lagi jomlah pergi MAHA.

Dalam dewan makan,,,,banyak sangat pilihan




Kita breakfast dulu, nasi ayam kukus. Sedap juga dan terdapat pelbagai pilihan makanan di sini. Adoiii memang rambang mata.




Nak beli kuih muih, dodol, bahulu dan bermacam macam pilihan semua ada, sediakan duit je.





Pameran burung walit,,



Posing jap farhan n syahirah



Perkhidmatan bas disediakan,,, seronok tawww bawa budak budak ni naik bas, very the excited, hahah macam orang jakun pun ada bila ronda ronda sekitar MAEPS, Serdang.




Boleh bergambar free ngan baju koboi n topi,, takut ke Amir, hihi.




Budak budak memang suka tengok kambing kan,,, layannnn



Macam macam spesies lembu ada,,, ada juga acara memerah susu lembu kepada sesiapa yang berminat.



Pelbagai spesis ayam pun ada,,



Arissa dengan maskot MAHA di ladang nenas.


Ni kat ladang nenas,,, hijau mata,,



Kedai yang menjual segala barangan daripada nenas,,, tat nenas tu nampak sedap jee,,,



Farhan dengan maskot nenas,,

Yang di bawah ni gambar gambar di dalam dewan utama, nak pergi ke sini kami menaiki perkhidmatan bas yang disediakan.



Cantik kan kalau boleh hias kat rumah camni,,,




Dalam taman orkid di dalam dewan,,,





Ramai juga saya tengok makcik, pakcik, orang tua atau muda, remaja yang beli aneka pokok bunga,, emmmm kalaulah halaman rumah besar syoknye kan tanam orkid. Gerai gerai jualan pokok, orkid, pelbagai bunga terdapat di laluan sebelum masuk ke dewan utama.





Nak belilah peladang punya keluaran popcorn ni, dah lama tak merasa. Ini mengingatkan saya kepada arwah bapa mertua yang selalu membelikan popcorn dari peladang apabila kami pulang ke kampung. Al fatihah untuk bapa mertua.




Satu pertunjukan yang menarik dari para pelajar unitar, demo hiasan kek. Tercengang kejap kat sini. Banyak juga peralatan yang dia orang pakai. Emm bilalah saya nak mengorak langkah dalam seni fondant dan buttercream nii,,,,,

Macam biasa tak sah kalau ke MAHA jika tak beli cenderahati,,, mug untuk koleksi diri sendiri. Macam macam ada, tuala, topi , tshirt, pen pilih ajelah janji boleh bayar.




Ok hingga jumpa lagi.

4 ulasan:

  1. MAHA antara pameran yg jarang ana miss utk hadir, cuma kali ini tak berkesempatan kerana suami bertugas sepanjang minggu.. bestnya aina kan kat sini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam ana,, memang best pergi MAHA bawa anak jalan jalan sekali, memang aina tak lepaskan peluang yang ada untuk berkunjung ke sini di samping boleh mengumpul mug MAHA tu.

      Padam
  2. Salam. baru g sana semlm..tp tak sempat nak jln semua..penat + panas!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam atie,, memang kalau ke MAHA kena standby pakai topi atau bawa payung, mula mula cuaca memang panas terik bila dah petang terus hujan lebat. Betul memang tak sempat kalau nak jalan ke semua tempat dalam satu hari. Saya pun jalan ke tempat yang saya rasa budak budak suka je. Tq atie kerana sudi bertandang ke WN.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...