Khamis, 6 November 2014

Kek Karamel Coklat Pulak

Salam mesra kepada semua rakan pembaca WN. Harini kita layan kek karamel pulak yee,,, kira ni first time saya cuba buat kek dalam kaedah membakar kek di dalam loyang yang berisi air panas atau teknik bain marie".Macam biasa kalau percubaan pertama memang pergerakan terkedek kedek serba tak kena aje terutamanya nak masakkan karamel dalam oven tuu.

Terhegeh hegeh saya letak loyang air panas tu dengan berhati hati, takut jugak kalau air panas tertumpah kat dalam oven. Frust jugak sebab takde loyang paling besar nak isi air panas tu, bukannya apa nanti kalau kita nak angkat loyang yang ada karamel berserta kek yang telah masak tu memang kira senanglah. Kalau loyang ngam2 space aje,, agak terketar ketar macam akak, ini pengalaman akak ye, hihi. So kepada pembaca kat luar sana yang nak cuba buat kek ini, pastikan ada loyang besar ye,, agaklah kan loyang yang boleh masuk dalam oven, haha sebab kita nak letak loyang kecik kat dalam loyang besar tu.

1. Resepi yang pertama saya gunakan ialah resepi dari kak ita masam manis, boleh tengok di sini

,, kalau nak guna resepi kak ita ada 2 pilihan samada kita nak buat gula hangus dalam loyang dan diletak kat dapur gas dengan api perlahan atau samada kita buat gula hangus dan dibakar sekali dalam loyang kat oven,,, terpulang ikut suka ye.

2. Lagi satu resepi cara nak buat karamel dan keknya sekali,, boleh rujuk dari shiela spice journey,,, boleh tengok di sini

,, saya pun tengah mencari loyang silikon, asik takde memanjang kat yummie dan bakery yang lain,, any idea pembaca semua yang tahu di mana ade menjual loyang silikon ni,, kat supermaket ade jual ke?

Terima kasih kepada azlita masam manis dan cahaya shiela di atas perkongsian resepi kek karamel coklat.


Tengok ni hasil kek coklat karamel,,, walaupun karamelnya tak berapa cantik tapi kek coklatnya memang terbaik dan kaboommm. Anak anak suka makan kek coklatnya  dan memuji sangat sedap dari resepi kek coklat yang biasa saya buat. Semestinya kek karamel coklat ni kalau letak kat peti sejuk beku,,,rasanya macam makan aiskrim coklat,, sedap sangat,,,percaya tak, hihi.

Ok, selamat mencuba ye , kalau tak cuba kita tak tau samada susah atau senang nak buat kek karamel coklat ni untuk yang baru nak menjinakkan diri dalam dunia baking macam saya.






Tak sabar sabar nak makan ni, pisau pun guna pisau dapur untuk potong kek dan tumpul lagi, aduyaiii.


Tekstur kek coklat yang sangat menarik dan sedap bila di makan






Masih perlu belajar dan praktise lagi ,, kena selalu try n error kan, baru confident level tu ada dalam diri sendiri. 

Jumpa lagi, bye2.

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. hai miizaa,,,, terima kasi sudi datang jengak akak kat sini,, mehh buka mulut nanti akak suapkan ye,,

      Padam
  2. nampak sedap aina, sama kaedah kita bakar cheese cake kan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai ana,, ye betul ana, haritu rasanya ana ada buat cheese kek kan,,so boleh cuba karamel coklat kek ni pulak. Lagi sedap dari cheese, ana.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...