Isnin, 3 November 2014

Bekas Kuih June Rose

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Semoga sahabat di luar sana semuanya dirahmati allah.

Mari kita tengok gambar bekas kuih pyrex yang sungguh popular di pertengahan tahun 70an dan awal tahun 80an.

Layan si bunga mawar merah yang pernah mencuri hati ibu ibu kita tidak kira di bandar maupun di desa untuk dihidangkan semasa musim perayaan atau majlis makan berdamai di musim perkahwinan.






Hasil dari pembelian berdikit dikit akhirnya dah ada 5 biji. Set june rose ini saya beli dari 3 orang seller pyrex yang berlainan.




Gambar bekas kuih di tingkat atas lemari kalau selalu tenung tenung rasa macam tak sabarkan nak lengkapkan kalau boleh setengah dozen atau sedozen tapi sebagai seorang kolektor pyrex yang tidak bekerja saya hanya membeli jika ada extra budget sahaja.

Dan akhirnya saya berjaya memiliki sebuah lagi bekas kuih june rose yang cantik jelita ni di awal tahun 2014, ribuan terima kasih kasih kepada semua seller yang telah menolong saya melengkapkan koleksi june rose ini. 





Terima kasih kepada kak zai preloved, maria antik house dan wan lemari cantik.

Hingga jumpa lagi, bye2.







7 ulasan:

  1. aina, ana ada juga koleksi june rose ni sekadar 3 tingkat mangkuk kaserol sahajalah..kagum dengan kegigihan aina menambah koleksi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai ana, terima kasih kerana singgah ke WN. Permulaan yang amat bagus tu ana untuk menambahkan lagi koleksi june rose yang sedia ada.

      Padam
  2. Balasan
    1. Hai nor, terima kasih kerana sudi berkunjung ke WN. Wah,,, koleksi nor tu pun sangat hebat, saya dah tengok.

      Padam
  3. salam puan aina..seronok tengk set jr puan....sy terus ke store sy di rooftop konon nak keluarkan dr kotak2 n susun cantik2 macm kat atas...alangkah terkejutnya cawan2 n piring kena rembat..2 hari mengorek setiap kotak smpai berpeluh2 mncari cawan2 tu..akhirnya sy reda terima hakikat dah takder, sedih hati ..mujurlah yg lain2 pnggan, caserol, pinggan bujur masih ada n dulangnya .lani buat rule pesan kat anak2 pintu store atas tu hendaklah sentiasa dikunci n tak boleh dah jd tempat sesiapa masuk sesuka hati ...sbb sebelum ni pun set meakin sy pun hilang juga cawan2nya...hati2 anda semua yer kenkadang ada org tertentu yg kita kenal pun punyai minat mcm kita jugek tp buat collection dgn cara cam tu...geram sangat rasanya

    BalasPadam
  4. suka sangat baca blog pn aina ..pml..almari lama n macam2 ceritalah n (sejak thn lepas lagi )dah jd pengunjung tetap..especially cerita2 hari raya , masakan2 jawa...nmpaknya kita ni sehati sejiwa ..t.kasih ,keep it up n selalu2 ler menulis lg yer ...salam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...