Ahad, 9 November 2014

Perjumpaan Ahli Kelab Sampul Duit Raya

Asssalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan pembaca WN yang dihormati. Semalam pagi saya dan keluarga telah bertandang ke restoren ipoh station di puchong kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk berjumpa dengan rakan rakan fb kelab sampul duit raya.

 Sebagai seorang kolektor sampul duit raya  yang baru menjinakkan diri ke dalam bidang pengumpulan angpow raya ni, saya sangat berbesar hati di atas kesudian pihak penganjur iaitu tuan haji Nasir Daud dan encik Azizan Ismail yang julung kalinya sudi mengadakan pertemuan dengan kolektor sampul duit raya yang lain untuk bertukar tukar idea dan berkongsi beberapa tips yang menarik tentang hobi ini. 

Jom layan gambar dulu,,,,



Tuan haji Nasir dan encik Azizan,, otai pengumpul sampul duit raya yang disegani,,,



Kalau nak tau tentang koleksi SDR tuan haji Nasir boleh layari blog beliau,,,di sini




Tuan haji Nasir dan encik Azizan sememangnya mempunyai koleksi SDR yang amat mantap dan dari segi penyimpanannya sungguh teratur dan teliti sekali. Saya sangat kagum dengan koleksi mereka.









Kami sungguh teruja dengan koleksi SDR dari tuan haji Nasir dan encik Azizan






Sebahagian koleksi untuk 3 perayaan dari tuan haji Nasir






Sebahagian koleksi SDR dari encik Azizan





Tengok tuu, kami tersenyum girang dan tersangat gembira apabila tuan haji Nasir dan encik Azizan sudi memberikan sebahagian dari SDR mereka yang tersangat cantik dan unik kepada kami.


Nampak sama kan walaupun berbeza,,,,,





Tuan haji Nasir juga menyimpan SDR yang dicetak sendiri oleh pihak sekolah.




Walaupun keadaan sampul sudah lusuh atau terkoyak, tuan haji Nasir tetap menyimpannya. Semangat yang begini sepatutnya perlu ada dalam diri setiap kolektor SDR. 




Hebat bukan encik Azizan bersama sebahagian koleksi SDR nya, 



Alhamdulillah, memang tak sangka harini saya dan rakan rakan mendapat sampul duit raya extra upin dan ipin ni dari encik Azizan, terima kasih banyak ye.



Kak Azzie Maziah bersama rakannya



Encik Abdul Aziz bersama tuan haji Nasir



Orang kuat maybank, Asmah Abu Bakar pun cukup teruja dengan koleksi tuan haji Nasir dan encik Azizan





Bersama rakan rakan fb kelab sampul duit raya bergambar bersama otai SDR.




Sebelum balik, sempat lagi saya ambil gambar kat dalam restoren cuci mata kejap tengok barang barang lama. Layannn,,,



Adoii, tak boleh tahan mata tengok gobok kopitiam tuu,,,




Sambil makan roti kaya bakar , sambil ambik gambar susu cap junjung yang sangat popular zaman kecik kecik dulu. 

Ok hingga jumpa lagi, bye2.

3 ulasan:

  1. aina memang peminat koleksi yang pelbagai, baru ana tahu ada juga hobi mengumpul sampul raya sebegini, sb kalau di rumah ni memang bersepahan je sampul2 raya ni, memberi satu inspirasi juga, mana tahu boleh mula kan sekarang... Tahniah!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai ana, jika berminat boleh join di fb kelab sampul duit raya. Sebahagian daripada koleksi aina pun adalah hasil pertukaran dengan rakan rakan di kelab.Sekiranya ana ada berlebihan sampul raya, jangan risau boleh bagi kat aina, hihi.

      Padam
  2. salam..macamana nak join kelab ini ye...boleh wassap kat saya 0194459445. tqvm

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...