Selasa, 1 Jun 2010

Dumex Oh Dumex




Bertemu kembali sahabat semua. Pada hari ini aku nak tunjukkan koleksi dumex tombol merah yang aku ada.Koleksi dumex ni aku rembat kat rumah emak aku di Bandar Penggaram. Mengikut kata emak, aku tidak terbabit dalam pengumpulan koleksi dumex ni sebab aku minum susu yang ori hanya kakak aku seorang saja dalam keluarga kami yang minum susu dumex ni. Nasib baiklah kakak aku tak minat nak kumpul barang barang lama ni kalau tak takde "cann"la aku nak angkut bawak balik KL.Hih hih hih.
Tengoklah tu habis semua teko dumex emak, aku angkut.Ada yang gemuk,tinggi ,sedang siap gan mangkuk dan creamer sekali aku ambik terus.Creamer gemuk tu aku beli dari Izan Manjung dan sugar bowl beli gan cik Eis. Nasib baik emak aku faham yang aku ni minat mengumpul barang lama sampai emak aku dah sediakan lai satu almari khas di ceruk dapur untuk aku letak barang emak yang lama dan yang aku dapat dari orang kampung.Tapi la ni takdelah aku hunting cari barang lama sebab dah ade anak kecik memang tak sempat kalau dulu memang ambil peluang pun.



Yang ni pulak cawan dumex yang aku rembat gak.Cuma tinggal 4 pasang je.Kalau kawan kawan di luar sana ade extra nak jual paten yang lain lain aku nak beli. Yelah alang alang dah kumpul dumex kenalah kumpul "betoi betoi' tentunya spesis yang lain akan memeriahkan lagi koleksi dumex yang ciput ni.Jangan lupa bagi "tefon number" kat ruang sembang ekk.



Pinggan ni pun tinggal beberapa ketul je.Aku masih ingat dulu memang keluarga aku guna buat basahan.Aku ingat lai bila time bulan puasa emak selalu suruh aku antar kuih muih kat jiran jiran sebelah rumah guna pinggan ni tapi yang aku ingat diaorang balas guna pinggan diaorang dulu jadinya emak aku kata ramai yang taknak pulang sampai bila time kenduri kalau emak aku pergi rumah jiran memang nampak pun kat rak pinggan depa.Bila dah jadi camtu emak aku pun dah boring last sekali emak beli pinggan oren plastik jelah bila nak antar kuih.Aku rasalah dulu nenek dan emak kita lagi cermat kan setiap pinggan kat belakangnya ade nama mereka jadi memang tak boleh tipulah siapa yang curi atau malas nak pulang tu.



Yang ni si tureen gemuk.Rasanya kalau zaman dulu siapa yang dapat kumpul tureen gemuk ni mesti banggakan bukan senang nak dapat hadiah percuma ni. Kalau dulu aku rasa mahal kot jika membelinya di kedai kedai tapi dumex punya pasal bapak aku cakap orang kampung sanggup naik basikal beribu batu semata mata nak dapat hadiah .Sanggup dia orang berpanas terik menyeberangi sungai naik bot lai pergi kedai apex sebab nak tebus kupon dengan hadiah pinggan mangkuk dumex yang cantik ni.



Gambar ni memang kalau tengok betul betul pinggan ni memang "ganal" kata orang banjar Johor. Emak kata dulu guna buat pinggan nasi tambah tapi memandangkan ianya makan ruang kalau diletak kat meja makan jadi emak simpan je lah. Yelah orang dulu anak ramai meja pulak ada yang "standard size" je 6 kerusi mana nak letak lauk ,cawan, lampu gasolin dan lain lain.Kadang kadang aku terfikir kenapa jenama dumex sekarang tak nak buat hadiah tebus kupon macam dulu kalau ade sudah pastinya ramai yang tertunggu tunggukan termasuklah aku. Oklah semoga kawan kawan happy baca paparan kali ini.




4 ulasan:

  1. salam...cantik set dumex ni...bukan senang nak dapat tu..

    BalasPadam
  2. uih...rembat. kena report kat nenek ni

    BalasPadam
  3. SAYA PUN PENGUMPUL KOLEKSI DUMEX. ADA BARANG YANG LEBIH NAK LEGO SEPERTI PINGGAN KUIH, MANGKUK SUP DAN CAWAN SERTA PIRING. LEH CONTACT 0192701601

    BalasPadam
  4. Hi Puan Blog....Urang Banjar kah?
    Cantek koleksi-koleksi Dumex Puan nih....

    http://dkdayat.blogspot.com/2016/11/mangkuk-dumex.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...