Selasa, 31 Ogos 2010

Salam Kemerdekaan

Bertemu kembali sahabat maya sekelian. Diharapkan agar anda semua sihat sejahtera di bulan ramadhan yang mulia ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53 tahun kepada semua blogger, non blogger dan semua rakan rakan maya yang sudi membaca coretan saya ini. Marilah kita sama sama berdoa semoga negara kita sentiasa aman damai dan setiap bangsa saling bersatu padu untuk merealisasikan Satu Malaysia di mata dunia.
Jom kita lihat gelas keluaran merdeka seperti gambar di atas. Di kampung saya, banyak lagi jiran jiran saya yang menggunakan gelas gelas ini terutamanya semasa rombongan beraya. Itu kata ayah sayalah, jadi saya rasa cuti raya nanti saya nak merisik khabar untuk membelinya dari seorang jiran yang memang saya kenali. Gelas ini pun dulunya memang saya beli dari ibu jiran saya itu tetapi sekarang ibunya telah tiada. Time tuu saya cuma beli sepasang sahaja, sedangkan jiran saya tu menyimpan gelas ini berdozen dozen banyaknya. Hi hi hi jadi kawan kawan jangan lepaskan peluang beli gelas merdeka nii, antik tau. Beli jangan tak beli ianya sebagai koleksi sejarah negara kita mencapai kemerdekaan.





Tengok tu memang antik kan dan bertemakan " Hidoplah Malaya Merdeka". Ada cop lagi 31 st August 1957.













Yang ini pula gelas untuk orong johor laa. Tertulis di situ Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Sir Ibrahim Sultan Johor daripada tahun 1895 hingga 1955. Tulisannya dalam tulisan jawi. Kalau saya tersilap tulis tolong bagitau ya, otai otai antik semua. Gelas yang ini pun dulu saya beli sepasang juga. Mengikut kata, ibu jiran saya itu yang saya panggil nenek, gelas ini dihadiahkan oleh peniaga berbangsa cina kepada bapa beliau iaitu seorang pekedai runcit, berdozen dozen juga mereka menerima daripada saudagar cina itu tetapi banyak juga yang pecah kerana sering digunakan terutamanya bila ada kenduri atau majlis perkahwinan.








Saya bangga menjadi anak Malaysia.





1 Malaysia Menjana Transformasi.




Hingga berjumpa di lain catatan. Selamat Bercuti. Merdeka, Merdeka,Merdeka.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan