Jumaat, 23 Julai 2010

Idaman Kalbu

Bertemu kembali kawan kawan semua. Pada hari ini saya nak tunjuk sebahagian gambar dari koleksi twin rose saya yang dah pun lengkap dari segi set minum petang sahaja. Ada lagi item yang saya belum jumpa. Hi hi hi , oval plate tak mai lai. Ada ke kawan kawan kat sana yang ada extra tu, jangan segan dan malu tefon lah kita ya.

Memang mantoop habis si twin rose creamer ini. Syukur alhamdulillah saya dapat memilikinya. Kepada kawan kawan kat luar sana jangan putus asa teruskan usaha anda untuk mencarinya kalau ada rezeki dapatlah. Tak lama lagi kita kan nak menyambut puasa dan raya. Berdasarkan daripada hasil sembang saya dengan rakan rakan peniaga antik hari tuu, kemungkinan besar mungkin ada banyak barang sebelum raya, jadinya kawan kawanku sekelian simpan duit tu dulu ye jangan soping tak keruan pulak. Nanti kita borong ramai ramai ya.






Cuba kawan kawan lihat bunga pada sugarbowl tuu ia lebih kepada warna pink berbanding dengan bunga terang pada set creamer di atas. Apapun saya bersyukur kawan kawan kerana dapat memilikinya kerana bukan senang nak dapatkan sugarbowl ni pusing satu malaya pun belum tentu jumpa mangkuk gula yang cute ni.





Set cawan mulut lebar yang sungguh cantik berwarna merah jambu dan merah terang kini dapat ku miliki dan tidur di almari antikku. Wah ini dah syok sendiri nampak. Eke ki ki.






Yang ini lebih lepada warna gegirl yang pink pink warna kesukaan kaum hawa. Kepada kawan kawan maya semua teruskan usaha anda untuk mencari set cawan twin rose ini ya terutama kepada mereka yang belum dapat lagi cawannya. Jangan putus asa ya, kadang kadang tuu ada terselit kat mana mana kedai dan peniaga. Sekian untuk kali ini. Kita berjumpa di lain n3. Bye bye. Selamat menjamu mata.



3 ulasan:

  1. wah cantiknye koleksi twin roses akak ni..tahniah ye kak dpt colect...

    BalasPadam
  2. Salam Aina..

    Woww..mmg cun kan twin roses ni. Tahniah Aina dpt kolek teaset bunga ni..Akak lom ada lagi koleksi ni..tak tau la bila nak start..hehe..

    BalasPadam
  3. salam kak aina..
    waaaaaaaaaaaaaaaaaaa.sedihnya..chemp x der lagi yang nie..dah tanya member pon..semua ckp susah nak dapat set nieh..bestnyer akak ader semuanya..
    if ade xtra tuh..cawan ML ker, creamer jar ker. sugar pot ker..bgtaw yer..chemp x nak pinag..nak angkat nikah trus..huuhuhuhuhuhuh

    BalasPadam