Selasa, 6 Julai 2010

Selamat Hari Jadi Danish

Bertemu kembali sahabat semua. Hari ahad lepas 4 julai anak saya yang kedua si Danish Danial menyambut ulangtahunnye yang ke 8. Takde celebrate gan kawan kawan pun cuma potong kek gan adik beradik yang lain je. Ingat macam nak jemput kawan kawan Danish tapi papa dia tak free pulak pagi ahad tuu. So kena tunggu papa balik baru boleh potong kek.





Deng deng deng , mak aii ,besar sungguh kek yang papa beli untuk Danish nii bersemangat tul kek ni macam tuan punya badan. Anakku Danish, mama dan papa sentiasa berdoa semoga kamu menjadi anak yang soleh ,dikurniakan oleh Allah kesihatan yang baik dan ketajaman minda dan berjaya menjadi insan yang berguna pada agama,bangsa dan negara.







Arissa dan Danish berkongsi satu bintang rupanye patutlah perangai lebih kurang sama je.Tahun ni mama bagi hadiah buku cerita aje ye.Baca jangan tak baca ok. Anyway buku cerita tu diaorang yang pilih tengok dari segi kualiti kertas memang tip top termasuk isi bacaannya sekali.








Kejutan daripada papa buat kitaorang kat rumah sementara nak tunggu kek dipotong , papa dapat tempat pertama laa main golf harini. Dapat jam emas lai tu. Cayalah.






Yang gempaknya hadiah dari papa untuk Danish hi hi dapat peti ais pulak.Sementara ni parking kat ruang tamu jela dulu ye peti ais, apakan daya store dah penuh gan kotak kotak pinggan dan barangan lama. Ok jumpa lai daaa.



1 ulasan:

  1. hAPPY bELATED bESDAY dANISH. Semoga menjadi anak yg soleh, berjaya di dunia dan akhirat serta membahagiakan hati ibubapa Danish.

    BalasPadam