Sabtu, 3 Julai 2010

Tureen 1950

Bertemu kembali kawan kawan.Hari ini saya nak tunjuk satu satunya tureen bunga yang saya ada peninggalan nenek. Tuu dia bunganya agak kelam kelam sebab dulu katanya memang digunakan selalu oleh nenek untuk mengisi lauk pauk yang berkuah.Rim emasnya pun dah tak berapa nampak dah.Memandangkan ianya nampak antik saya pun ikut cakap emak untuk simpan si tureen ni walaupun pada mulanya saya ingin mencari pinggan lama dan teko aje. Itu cerita empat tahun yang lepas masa saya mula mula timbul minat nak mengumpul barang lama ni.Bila difikirkan semula saya amat bersyukur sekali sebab mengikut cakap emak untuk menyimpan tureen ni. Yelah bukannya apa kalau dinilaikan sekarang mesti harganya mencecah ke RM 300 hingga RM 400 di Amcorp Mall.

Tureen ni masih berkeadan elok tiada yang retak.Jelas kelihatan sedikit sahaja rim emas yang tinggal.Memang nampak lama kan. Bunganya berwarna cokelat kekuningan dengan dedaunan yang berwarna kebiru biruan.Terfikir gak kat kepala akak kenapa lak daunnye warna biru tersalah cop ke agaknya.Kui kui kui.



Gambar tureen dari hadapan.






Bila lama lama tenung si tureen ni rasa macam nak mengumpul tureen pulak tetapi apakan daya harga tureen lagi mahal dari harga teko, pinggan dan cawan so buat sementara waktu ini pendamkan jelah perasaan akak ni kiranya dapat cuci mata tengok tureen kat blog kawan kawan pun kira dah OK nanti lari pulak budget nak raya tahun ni.Hi hi hi.Salam mesra di angin lalu buat rakan rakan maya semua. Daa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan