Jumaat, 30 Julai 2010

GA Kelly Dah Sampai

Salam semua sahabat maya. Semoga sihat hendaknya. Alhamdulillah dengan tak di sangka sangka saya mendapat tempat kedua GA si Kelly. Bersyukur yang amat sangat ini adalah GA yang kedua saya telah sertai. Yelah dapat teko, oval plate n pinggan kuih free siapa yang tak suka kan. Hadiah nii saya dah dapat pada hari rabu lepas tapi memandangkan sibuk sikit jadi memang tak sempat nak snap gambar guna kamera cap ayam tuu. Hi hi hi. Lihat tuu punyalah besar oval plate tuu memang cun cun, rezeki saya nak dapat oval plate dari Jepun tuu.
Sebenarnya ada lagi satu oval plate iaitu gambar bunga kobis yang saya dapat dari Kelly tapi bila buka kotak dah pecah sepertiga retak seribu dalam plastik pembalut. Memang tak boleh nak di gam lagi sebab serpihannya kecil kecil. Tetapi tidak mengapa, sebab oval plate seperti di atas yang dilapik di bawah oval plate yang pecah tu tidak mengalami kerosakan atau keretakan. Bersyukur saya walaupun sedih nangis nangis manja gituu, nasib baik saya belum ada koleksi bunga kobis lagi.






Yang ini pulak pinggan kuih si ros hijau. Dapat empat ketul taw , banyak tu. Koleksi bunga ros hijau ni memang saya dah ada enam biji piring kuihnya jadinya sekarang dah bertambah sepuluh biji. Waa waah bila dah banyak camni terpaksalah saya kena cari gak si sugar bowl n creamer rose hijau nii. Kepada kak Munah, cik Kiah, kengkawan dan silent reader kat luar sana kalu ada extra dua benda nii teponlah saya ye saya nak beli, bolehke?









Yang ini teaset nampak memang antik designnya halus sekali macam gambar bunganya dilukis dengan tangan. Memang come come gitu. Terima kasih banyak banyak ye Kelly semoga Kelly sekeluarga sentiasa sihat dan di murahkan rezeki. Kalau Kelly buat GA lagi lepas nii sure akak rasa ramai yang berlumba lumba nak join sebab hadiahnya memang superb dan hebat. Ok sahabat semua bye bye, selamat berhujung minggu. Daa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan