Isnin, 2 Ogos 2010

Pelita Nyonya Lama



Salam semua sahabat maya. Semoga ceria sentiasa ya. Hari ini saya nak kongsikan gambar pelita nyonya lama yang saya ada. Tengoklah gambar nyonya muda dekat atas tu pada saya nampak macam antik lagi kalau nak compare dengan pelita nyonya lama seperti gambar di bawah. Cuba tengok kat baju nyonya muda tu dan plate di pelita tu ada gambar naga di sekelilingnya.


Cimneynya tu pada pandangan saya macam tak balance je mungkin sepatutnya lagi tinggi tapi memandangkan first time jumpa spesis type begini saya pun beli terus je. Tu yang nak tanya pendapat kawan kawan yang pakar dalam pelita nyonya ni samada original ke tak. Kadang kadang kalau kita tanya kepada penjual mereka mengatakan semuanya barang lama tapi sebagai pembeli kita kena pastikan juga barang yang kita beli original sebagai kepuasan membeli untuk diri sendiri.








Bila tengok pelita nyonya tuu secara tak langsung kita pun macam nak tersenyum gak kan. Sweet je senyuman ye.Kenapalah takda gambar gadis melayukan "time" 70 an ni. Kalau ada mesti malatop habiss macam pelakon Sarimah ke atau Norazizah ke. Itu je yang saya ingat zaman zaman tu.







Bila saya terkenang kembali cerita di sebalik si nyonya nii teringat masa umur saya lima atau enam tahun iaitu pada zaman sekolah tadika dulu. Masa tu dekat kampung saya tiada lagi bekalan elektrik hanya rumah saya di kampung yang mengunakan kuasa generator dan kebetulan masa tu bapa saya adalah orang kampung yang pertama membeli "peti television". Jadinya lepas maghrib ramailah orang datang bertandang ke rumah nak tengok TV terutamanya kalau ada cerita melayu atau dulu cerita Indonesia yang seram seram tu dan jugak cerita lawak 'Benjamin S". Masih ingat ke lagi sahabat maya semua yang seusia saya ni.


Bila orang kampung datang kebanyakannya saya lihat mereka membawa pelita nyonya ni mungkin masa tu lampu picit atau lampu suluh belum terkenal lagi penggunaannya ataupun lebih mahal jika nak di bandingkan dengan pelita nyonya.





Gandingan tiga pelita nyonya tinggi yang mantopps. Saja gatal tangan nak spray yang berkarat tuu tapi tak berapa menjadi. Yela kali pertama spray memang tak pandai dan takut kalau terkena mata. Nasib baik ada seorang sahabat yang sudi untuk menjual "gallery" pelita tu untuk mengantikan yang dah di spray tu, jadinya nanti lagi nampak antikla pelita nyonya gebu tu.






Ok yang ini pula gandingan tiga pelita nyonya rendah, saja saya selitkan yang di tengah tengah tu pelita nyonya keluaran sekarang. Amacam kawan kawan mana yang lebih mengancam. Pada saya tentulah yang lama kan sebab ada daya penarik yang tersendiri. Sampai jumpa lagi .Daa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan