Sabtu, 9 Oktober 2010

Ke Kedai Buku

Hai sahabat maya semua, sibuk ke tu? Selamat berhujung minggu, ye. Tadi saya sempat bawa anak anak jalan jalan ke Jusco untuk cuci mata diaorang lepas penat seharian tuition dari pagi sampai petang. Singgah la kat MPH kedai buku tu, nak cari soalan soalan peperiksaan akhir tahun anak anak untuk persediaan mereka periksa pada hujung bulan oktober ni. Dah dapat apa yang dikehendaki saya pun terus pergi ke ruangan buku masakan yang memang saya suka nak mencuci mata.



Wah tanpa disangka sangka saya terpandang sebuah buku masakan dari chef tersohor di kalangan artis Malaysia dan orang kenamaan, siapalah lagi kalau bukan Pak Engku. Belek punya belek hati terus tertarik melihat resepi yang agak senang untuk orang yang kurang pakar macam saya belajar memasak. Tapi apa yang bestnya gambar gambar pinggan lama u, nampak cantik jee bila dihidang dengan makanan yang sedap sedap tu.




Terus beli 2 edisi lagi


Cantikkan gambarnya







Terserlah keanggunan si bunga padi







Jomla beli ye kawan kawan. Bye bye.




2 ulasan:

  1. Salam aina..
    cantik kan set yg Pak Engku ada tu semua antik..mcm kita² suka gak kan..kalau la dpt jumpa dgn geng antik dgn pak engku kat KL mesti meriah..dapat plak rasa menu Pak Engku yg mmg tradisional..mesti meletops sakan..
    Selalu tgok kat tv je dia masak..WHI selalu ada..yg x tahan tgok set pinggan yg dia guna tu..fuhh..

    BalasPadam
  2. salam kak NJ, saya setuju kak dengan cadangan akk tu, semua geng antik berkumpul dan makan di restoran pak engku tuu. WOW, bilalah ada acara macam tuu, tak sabar saya nak join.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...