Salam 1 Malaysia. Harini jom cuci mata tengok cawan kangkung. Sekarang nii memang cawan kangkung dah mahal, payah nak dapat sebiji 10RM kalau ada pun mungkin bagi mereka yang beli sendiri dengan apexx dan nyonya. Yang beli di flea market tuu, usah bermimpi di siang hari, apapun kalau minat mengatasi segalanya, terbeli jugak n kalau nak murah kena cari dan gali sendiri. Hi hi hi. Cawan kat atas tuu memang unik, tak sangka pula dapat jenis nii.
Yang bentuk begini pun jarang dijumpai, makanya saya pun membeli dengan pejam sebelah mata. Katanya cawan jenis kopitiam, tengok tuu design pun antik.
Cawan yang begini, bentuk A shape nii semua geng antik ada, saya je ketinggalan zaman baru mendapat. Wah diam tak diam, dah ada pelbagai jenis design cawan kangkung di teratak Warisan Nenak. Kalau kengkawan di luar sana ada yang mempunyai design yang lain, jomla kita share yee kat blog antik nii, Bye bye. Jumpa di lain n3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan