Khamis, 28 Oktober 2010

Sungguh Terpesona Mataku Memandang





Hai semua sahabat sahabat maya, semoga anda sihat sejahtera. Hari nii saya nak ambik mood untuk rajin mengentry nii. Hari ahad lepas, jalan jalan kat flea market tiba tiba ternampak pulak seorang brother tuu tengah mengeluarkan oval plate twin rose untuk diletak atas meja jualan. Apa lagi saya pun terus menyapa dan membelinya dengan harga yang berpatutan, biasalah tuu baru nak bukak kedai. Rasanya saya ada tips yang berguna, kalau kawan kawan nak pergi mana mana flea market kena pergi awal pagi sebab mood para peniaga tengah baik dan takde masa nak layan kita lebih lebih sebab nak menyusun barang dagangan. Ha ha ha, percaya tak?


Ha, inilah dia oval plate yang di nanti nanti, berbiku biku dan ada rim emas di sekelilingnya dengan keadaan yang cukup mantap. Rasanya masih baru lagi saya dapat oval plate yang besar dari Ajmah haritu, tak disangka dapat lak yang berbiku biku nii patern sebegini. Memang cun.



Dua sekali tuu dapat beli dengan harga mampu milik.





Yang ini pulak piring kuih yang besar dengan bunga pun gemuk jugak, terserlah kecantikan twin rose nii dengan rim yang berkilat. Susah nak dapat piring kuih yang besar camni.






Yang ni piring meakum, baru je dapat. Betul ke ejaan tuu?. Piring ni sesuai untuk letak sambal sambal goreng ke sambil makan ubi rebus di Teratak Warisan Nenek. Okla, sekian sahaja untuk kali ini, jumpa di lain catatan.

3 ulasan:

  1. Salam Aina,

    Pada saya, pinggan ke piring lama ni klu tepi dia berbiku2 memang cantik, bertambahlah ke'klasik'kannya...hehe. Tp mcm twin roses ni sapa yg dpt bunga besar lagi bertuah, sbb kdg2 tu bunga dia agak kecil, jd kurang menyerlah...klu bunga besar2 lagi meletopsskan..

    BalasPadam
  2. Salam Aina,
    Ini antara dombaan akak jugak ni..tapi sekeping pun takde !! susah nak dapat lagi-lagi cawan piring kan.. hmm yang piring2 bujur tu lagi la..berangan je la akak ni..hehe.. ape-ape pun tahniah dapat kumpul sikit2 ada jugak kan! Akak langsung tarakkk..

    BalasPadam
  3. Kepada Mass dan kak Aida,
    tq, koleksi twin roses ni memang saya kumpul sedikit demi sedikit, memang betul susah nak jumpa cawan dan suku sakat depa tapi kalau teko senang nak jumpa.Kalau dapat bunga yang besar dan terang sudah pastinya akan menambahkan lagi keserian set ini.

    BalasPadam