Sabtu, 23 Oktober 2010

Mulut Lebar Tu Mulut Jahat Ke?





Hello, hello. Wat apa tadi, busy ke? Jomla tengok gambar cawan bunga kangkung nii, dah lama simpan kat file, berat pulak komputer kalau banyak sangat gambar ni. Dulu masa mula mula terjebak dengan koleksi barang lama ni, saya pun memang tak meneliti sangat bentuk bentuk cawan BK yang saya beli. Janji berlainan bentuk je. Tapi pada suatu hari tuu, saya ternampak koleksi cawan BK ni rupanya banyak kategori contohnya si mulut lebar nii, ingatkan satu spesis je rupanya tiga kategori, biasa, sederhana dan paling lebar. Lepas tu pulak ada yang di kaki bawah cawan 1 line dan double line. Terjojol biji mata bila penjual tuu explained kat saya. Lepas tuu dia explained tentang cop mohor pulak, katanya cop merah paling lama jenis yang berlambang dalam tahun 50 an manakala cop hijau era pertengahan tahun 60 an. Yang tak bercop boleh teka sendirilah, hihi mungkin kilang cop dah over production.
Yang cawan kat atas tuu, tengok betul betul, double line dan BK nye agak malap sikit tapi besar sebab tu saya terus beli.









Ini lah cawan mulut lebar BK yang paling lebar, memang cantiklah cawan nii. Kalau kawan kawan perasan ,dulu saya ada n3 juga bentuk mulut lebar tetapi yang itu jenis yang biasa saja kelebarannya tetapi yang ini boleh penuh satu mulut kalau minum. Kwang kwang kwang. Selamat mencuci mata dan selepas ini sebelum rakan rakan maya hendak membeli sebarang cawan tu, kenalah meneliti betul betul ye. Bye2.







Beli jangan tak beli. Rugi taww. Hi3.

4 ulasan:

  1. bape harga satu set...catan + piring?

    BalasPadam
  2. mulut lebo... cepat sejuk air nye n senang nak minum...

    BalasPadam
  3. salam, tahniah dapat kumpul pelbagai jenis cawan BK...! teruskan mengumpul ..hikhikhik

    BalasPadam
  4. To CT, bittersweetflavours and kak Azzah8,

    TQ singgah sini ye, cawan BK tu saya beli bukan satu set,sepasang setiap 2 minggu di amcorp mall, ha2, kalau beli set tak mampu, biasa dalam 130rm untuk mulut lebar standard prize tuu, cawan mulut lebar ni memang cantik dan nampak antik, memang patut di simpan oleh semua collector BK.

    BalasPadam