Jumaat, 30 Julai 2010

GA Kelly Dah Sampai

Salam semua sahabat maya. Semoga sihat hendaknya. Alhamdulillah dengan tak di sangka sangka saya mendapat tempat kedua GA si Kelly. Bersyukur yang amat sangat ini adalah GA yang kedua saya telah sertai. Yelah dapat teko, oval plate n pinggan kuih free siapa yang tak suka kan. Hadiah nii saya dah dapat pada hari rabu lepas tapi memandangkan sibuk sikit jadi memang tak sempat nak snap gambar guna kamera cap ayam tuu. Hi hi hi. Lihat tuu punyalah besar oval plate tuu memang cun cun, rezeki saya nak dapat oval plate dari Jepun tuu.
Sebenarnya ada lagi satu oval plate iaitu gambar bunga kobis yang saya dapat dari Kelly tapi bila buka kotak dah pecah sepertiga retak seribu dalam plastik pembalut. Memang tak boleh nak di gam lagi sebab serpihannya kecil kecil. Tetapi tidak mengapa, sebab oval plate seperti di atas yang dilapik di bawah oval plate yang pecah tu tidak mengalami kerosakan atau keretakan. Bersyukur saya walaupun sedih nangis nangis manja gituu, nasib baik saya belum ada koleksi bunga kobis lagi.






Yang ini pulak pinggan kuih si ros hijau. Dapat empat ketul taw , banyak tu. Koleksi bunga ros hijau ni memang saya dah ada enam biji piring kuihnya jadinya sekarang dah bertambah sepuluh biji. Waa waah bila dah banyak camni terpaksalah saya kena cari gak si sugar bowl n creamer rose hijau nii. Kepada kak Munah, cik Kiah, kengkawan dan silent reader kat luar sana kalu ada extra dua benda nii teponlah saya ye saya nak beli, bolehke?









Yang ini teaset nampak memang antik designnya halus sekali macam gambar bunganya dilukis dengan tangan. Memang come come gitu. Terima kasih banyak banyak ye Kelly semoga Kelly sekeluarga sentiasa sihat dan di murahkan rezeki. Kalau Kelly buat GA lagi lepas nii sure akak rasa ramai yang berlumba lumba nak join sebab hadiahnya memang superb dan hebat. Ok sahabat semua bye bye, selamat berhujung minggu. Daa.

Khamis, 29 Julai 2010

Lengkaplah sudah VCR ku

Salam semua. Minggu ni memang sibuk sikit sebab anak anak dah stat ujian penggal 3 pulak. Rasanya macam baru je habis periksa dah stat nak ujian balik. Hi3 yelah kita pun dah nak puasa tak lama lagi. Barulah lega sikit bila dah top up speed broadband nii baru ada line kalau tak sloww je sampai berhari hari. Hari ni jom tengok koleksi VCR yang di cari cari dah pun tiba di teratak Warisan Nenek.


Daah, tu diaa sugar bowl VCR yang cun melecun






Tengok tuu bunga diaa satu kembang dan satu kuncup macam saya gak awal bulan poket kembang boleh soping beli teko dan pinggan tapi akhir bulan kempis kuncup hi hi hi pandang sebelah mata je lah kalau lalu2 kat online tuu yang meruntun kalbu tuu.








Ok yang ni memang ada karisma tersendiri memang mengancam. Ye la tuu syok sendiri. Jumpa di lain n3 ya. Bye bye.

Jumaat, 23 Julai 2010

Idaman Kalbu

Bertemu kembali kawan kawan semua. Pada hari ini saya nak tunjuk sebahagian gambar dari koleksi twin rose saya yang dah pun lengkap dari segi set minum petang sahaja. Ada lagi item yang saya belum jumpa. Hi hi hi , oval plate tak mai lai. Ada ke kawan kawan kat sana yang ada extra tu, jangan segan dan malu tefon lah kita ya.

Memang mantoop habis si twin rose creamer ini. Syukur alhamdulillah saya dapat memilikinya. Kepada kawan kawan kat luar sana jangan putus asa teruskan usaha anda untuk mencarinya kalau ada rezeki dapatlah. Tak lama lagi kita kan nak menyambut puasa dan raya. Berdasarkan daripada hasil sembang saya dengan rakan rakan peniaga antik hari tuu, kemungkinan besar mungkin ada banyak barang sebelum raya, jadinya kawan kawanku sekelian simpan duit tu dulu ye jangan soping tak keruan pulak. Nanti kita borong ramai ramai ya.






Cuba kawan kawan lihat bunga pada sugarbowl tuu ia lebih kepada warna pink berbanding dengan bunga terang pada set creamer di atas. Apapun saya bersyukur kawan kawan kerana dapat memilikinya kerana bukan senang nak dapatkan sugarbowl ni pusing satu malaya pun belum tentu jumpa mangkuk gula yang cute ni.





Set cawan mulut lebar yang sungguh cantik berwarna merah jambu dan merah terang kini dapat ku miliki dan tidur di almari antikku. Wah ini dah syok sendiri nampak. Eke ki ki.






Yang ini lebih lepada warna gegirl yang pink pink warna kesukaan kaum hawa. Kepada kawan kawan maya semua teruskan usaha anda untuk mencari set cawan twin rose ini ya terutama kepada mereka yang belum dapat lagi cawannya. Jangan putus asa ya, kadang kadang tuu ada terselit kat mana mana kedai dan peniaga. Sekian untuk kali ini. Kita berjumpa di lain n3. Bye bye. Selamat menjamu mata.



Rabu, 21 Julai 2010

Pelita Hatiku

Salam semua. Bertemu kembali . Hari ini saya nak tunjuk gambar pelita pula.Terima kasih kepada Lia Cantiq dan abg.Baha kerana memperkenalkan saya kepada dunia pelita porcelin yang memang tak jemu mata memandang. Jom layan pelita VCR nii.



Yang ini memang mengancam habis memang cun melecun. Kalau ada sesiapa yang berminat kat sana bolehla membeli ye.Rugi tau kepada sesiapa yang dah ada koleksi VCR tu. Pelita ni pelengkap gituu. Jangan marah pulak adik, kakak dan abang kat sana.Ini cadangan je. Hi hie.







Perrh, tengok bentuk aladinnya sungguh berseni dan halus buatannya. Made in Japan memanglah.Cimneynya jernih je sejuk mata memandang.






Pelita VCR bertelinga dua.Tengok tuu rim emas berkilat.Harga pun lebih kurang sama dengan segram emas 916. Ada percaya ka?





Pelita yang ini bunganya tak berapa mantop sangat sebab "made in Hong Kong". Walau bagaimanapun ia tetap unik dengan keanggunannya yang tersendiri. Oh segalanya design bunga VCR tetap menjadi pujaan hatiku. Sampai jumpa lagi ya.Daa


Sabtu, 17 Julai 2010

Dumex Lagi





Bertemu kembali kawan kawan semua. Hari ini saja nak tunjuk penambahan dalam koleksi barangan dumex yang berbunga merah ni.Haa tengok tu cawan dia memang bersiku tajam.Masih berkeadaan elok dan berkilat pada rim emasnya.







Yang ini mangkuk lebih berbentuk sampan.Memandangkan aku jarang nampak mangkuk design begini jadi aku belilah buat menambahkan koleksi





Jumaat, 16 Julai 2010

Rose Sekuntum

Selamat bertemu kembali. Apa khabar semua , didoakan agar anda semua sentiasa sihat sejahtera. Cantikkan gambar bunga ros di atas. Jomla cuci mata dengan koleksi bunga ros sekuntum yang saya ada ni.

Teko ni memang cantik. Ada bunga di depan dan di belakang.




Yang ni di bahagian belakang teko.Puas hati bunganya besar dan terang.





Cawan dan piringnya cukup enam set yang memang mengancam dengan sekuntum "big rose" terletak di tengah tengah.




Yang ini kes paling malas nak keluarkan mini teko nii . Anda tengok mini teko "big rose" di bahagian atas sekali. Antara banyak banyak teko yang parking kat sini , si teko big rose tetap dangan keanggunannya yang terserlah. Hi hi hi. Sampai jumpa lagi di lain kali ya. Daa.



Jumaat, 9 Julai 2010

Dumex Lagi

Salam bertemu kembali rakan rakan semua. Harini saja nak tunjuk koleksi dumex yang putih dan polos warnanya.Lambang dumex tertera kat belakang montotnye seperti di atas.






Tureen bunga memang saya ada seketul je tapi tureen dumex adalah tiga ketul yang berlainan cop. Nampak bersih je si tureen ni kan. Sebenarnya sama sebiji sebotol dengan tureen dumex "baby food" cuma tiada cop sahaja. Hi hih hi.








Inilah dia teko yang paling rendah untuk koleksi dumex polos dan babyfood.








Rasanya teko yang ini yang kedua panjang. Ada lagi teko yang paling jinjang dan panjang saya pernah nampak kat blok Eisantique tapi sayang dah di pinang orang kalau tak, lengkaplah koleksi dumex putih saya nii. So kawan kawan apalai kalau ada extra yang leher panjang dan jinjang tu tak kisahlah dumex babyfood atau polos tepon saya ye. Bye bye. Jumpa lai.



Selasa, 6 Julai 2010

Selamat Hari Jadi Danish

Bertemu kembali sahabat semua. Hari ahad lepas 4 julai anak saya yang kedua si Danish Danial menyambut ulangtahunnye yang ke 8. Takde celebrate gan kawan kawan pun cuma potong kek gan adik beradik yang lain je. Ingat macam nak jemput kawan kawan Danish tapi papa dia tak free pulak pagi ahad tuu. So kena tunggu papa balik baru boleh potong kek.





Deng deng deng , mak aii ,besar sungguh kek yang papa beli untuk Danish nii bersemangat tul kek ni macam tuan punya badan. Anakku Danish, mama dan papa sentiasa berdoa semoga kamu menjadi anak yang soleh ,dikurniakan oleh Allah kesihatan yang baik dan ketajaman minda dan berjaya menjadi insan yang berguna pada agama,bangsa dan negara.







Arissa dan Danish berkongsi satu bintang rupanye patutlah perangai lebih kurang sama je.Tahun ni mama bagi hadiah buku cerita aje ye.Baca jangan tak baca ok. Anyway buku cerita tu diaorang yang pilih tengok dari segi kualiti kertas memang tip top termasuk isi bacaannya sekali.








Kejutan daripada papa buat kitaorang kat rumah sementara nak tunggu kek dipotong , papa dapat tempat pertama laa main golf harini. Dapat jam emas lai tu. Cayalah.






Yang gempaknya hadiah dari papa untuk Danish hi hi dapat peti ais pulak.Sementara ni parking kat ruang tamu jela dulu ye peti ais, apakan daya store dah penuh gan kotak kotak pinggan dan barangan lama. Ok jumpa lai daaa.



Sabtu, 3 Julai 2010

Tureen 1950

Bertemu kembali kawan kawan.Hari ini saya nak tunjuk satu satunya tureen bunga yang saya ada peninggalan nenek. Tuu dia bunganya agak kelam kelam sebab dulu katanya memang digunakan selalu oleh nenek untuk mengisi lauk pauk yang berkuah.Rim emasnya pun dah tak berapa nampak dah.Memandangkan ianya nampak antik saya pun ikut cakap emak untuk simpan si tureen ni walaupun pada mulanya saya ingin mencari pinggan lama dan teko aje. Itu cerita empat tahun yang lepas masa saya mula mula timbul minat nak mengumpul barang lama ni.Bila difikirkan semula saya amat bersyukur sekali sebab mengikut cakap emak untuk menyimpan tureen ni. Yelah bukannya apa kalau dinilaikan sekarang mesti harganya mencecah ke RM 300 hingga RM 400 di Amcorp Mall.

Tureen ni masih berkeadan elok tiada yang retak.Jelas kelihatan sedikit sahaja rim emas yang tinggal.Memang nampak lama kan. Bunganya berwarna cokelat kekuningan dengan dedaunan yang berwarna kebiru biruan.Terfikir gak kat kepala akak kenapa lak daunnye warna biru tersalah cop ke agaknya.Kui kui kui.



Gambar tureen dari hadapan.






Bila lama lama tenung si tureen ni rasa macam nak mengumpul tureen pulak tetapi apakan daya harga tureen lagi mahal dari harga teko, pinggan dan cawan so buat sementara waktu ini pendamkan jelah perasaan akak ni kiranya dapat cuci mata tengok tureen kat blog kawan kawan pun kira dah OK nanti lari pulak budget nak raya tahun ni.Hi hi hi.Salam mesra di angin lalu buat rakan rakan maya semua. Daa.