Rabu, 26 Jun 2013

Breakfast di Bangi Kopitiam, Bandar Baru Bangi

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca setia WN. Diharap agar anda semua sihat ya. Sekarang wabak jerebu tengah melanda negara kita, di harap agar anda semua sentiasa mengikut nasihat mereka yang pakar dari segi kesihatan untuk memastikan kita dan keluarga kita kekal sihat. Saya pun lebih banyak masa duduk kat rumah aje,,semua program nak tengok floria pesta bunga, nak jalan jalan pergi pasar karat, semuanya tak jadi. Takpelah lain kali kalau cuaca dah ok, takde jerebu baru boleh keluar jalan jalan kan.


Harini nak tunjuk gambar semasa saya singgah bersarapan  di Bangi Kopitiam di Bandar Baru Bangi minggu lepas sebelum jerebu tau. Tak taulah mood malas pula melanda sejak cuaca berjerebu nii. Hihihi. Dah seminggu saya tak update blog. Asyik mengadap TV tengok berita terkini tentang jerebu dan macam biasalah , kalau tak buat makanan kat rumah,, anak anak yang kena cuti sekolah sebab cuaca jerebu sentiasa kelaparan. Kikiki. Ok lah ,tengok gambar,,,,



Macam biasa ,, saya tak lepaskan peluang untuk tengok2 harta karun dalam lemari besar ni. Mantap betul koleksi pemilik kopitiam ni kan.






Cawan cawan kopitiam dan tin lama turut dipamerkan juga di sini.





Tengok tu mesin ABC lama kan,, radio kat sebelah tu memang nostalgia betul. Teringat zaman kanak kanak dulu, habis radio dan kaset saya kerjakan, tiap tiap hari dengar lagu dari kaset sambil belajar. Tak taulak masuk ke tak apa yang di baca tu dalam kepala sambil menghafal lirik lagu.






Tin susu lama, acuan kuih putu, cawan nescafe lama dan lain lain, so siapa yang dah mula berminat nak kumpul barang barang karat ni cuba cek kat belakang dapur rumah mak bapak you all di kampung,,,kot kot ada jumpa tin buruk, acuan buruk,, hihihi dan pamerkan di sudut ruang tamu rumah anda nak raya nanti,,, mesti ramai yang tercengang tuu. Bagus tak idea nii?,,,,




Kipas lama,,emm saya pun takde seketul pun kipas lama,,, mana nak cari nii,, mahal tak,,




Rasa saya jenis talipon macam ni ada kat kedai kedai runcit atau restoran besar kan,,kena masukkan duit dulu kalau nak tepon makwe or pakwe cinta monyet zaman remaja dulu,,,  bukan saya yeww,,, saya dulu kaki study aje,, hahaha




Ni almari dapur,,, telah diletakkan di ruang tengah Bangi Kopitiam ni,, senang depa nak "key in" makanan apa yang kita order',,, lawakan cat nya tu,,, saya suka, tombol pintu pun antik.





Gambar lama yang sungguh unik di paparkan di ruangan bersebelahan sinki mencuci tangan. Semua kaum ada kan,, tengok tu kebaya pendek dan kain sarung batik lepas lama,,, adoiii tak kanlah saya nak mengumpul baju kebaya lama pulak,,,,, kikiki tapi rasa bagus juga kalau kita kumpul baju baju emak kita kan,,,,




Selalu kita nampak kaki mesin jahit singer kan,, kali ni jenama Raleigh,, telah di cat warna keemasan dan di atasnya diletakkan permukaan marble berserta sinki mencuci tangan.





Sangat suka dengan pintu antik kayu ni dan kacanya yang hijau tuu,,, mana mau cari nii,,,,yang ini laluan ke tandas ye,,,,Bersebelahan pintu ni terdapat juga koleksi yang memang malatoppsss,,, ini dia







Radio lama ni pun dalam wish list " saya juga. Alahai banyaknya nak beli dan kumpul,,saya ni kolektorr budget aje, kalau mahal mahal tak mampu. Dulu masa kanak kanak,, selalu nampak rak tv kayu yang pintunya boleh tarik tolak tuu,, sekarang ni mana nak dapat cik kak,, kalau terjumpa kat kampung kampung pun, dia orang tak nak bagi punya. Sekarang orang kampung pun dah pandai menghargai barang buruk ni kan,, yang mesin sebelah radio tu, tak tau pula saya kegunaannya untuk apa.




Simple nasi lemak, ok juga rasanya.





Roti bakar ngan kaya untuk mama,, pelbagai pilihan untuk roti ni tak tauu mana nak pilih.




Syahirah pepagi lagi dah makan nasi lemak dengan papa,,,jemput makan.Sedapnya,,,


Perut pun dah kenyang, mata pun dah tercuci dengan melihat barang barang antik kat sini,, so kita jumpa di lain n3 ya,,bye,, oppsss ada gambar lagi ni,,,


Keseluruhan ruang dalaman Bangi Kopitiam,,tengok tu penuh meja kopitiam kan,,,





Basikal tua pun ada.

  Tata titi tutu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...