Sabtu, 8 Jun 2013

Pasar Karat Batu Pahat

Salam mesra kepada pembaca budiman,, semoga anda sihat sihat selalu. Harini nak sambung cerita masa cuti sekolah lepas, macam biasalah kalau balik Batu Pahat biasanya saya akan ajak suami pergi pasar karat dan makan lontong kat kedai kopitiam popular tuu. Macam macam ada jual kat pasar karat BP nii,, carilah apa saja yang anda nak terutamanya barang terpakai laa dari barang elektrik perkakas rumah, pakaian terpakai, permainan kanak kanak, perabot terpakai, bakul bakul rotan dan macam macam lagilah. Barang barang kat sini kebanyakan nye turun dari Singapura dan boleh tawar menawar harganya.

Kat sini siapa cepat dia dapat,,,kira nasiblah kalau datang awal pagi pun kekadang peniaga baru nak buka gerai dan kalau datang lambat pun takde barang best,, semua dah di angkut hihihi. Pandai pandailaa adjust masa nak pergi pukul berapa,,,hari sabtu dan hari ahad memang ramai orang bersesak sesak. Kalau bawak anak kecik susahlah sikit. Alamak lupa pulak ,, lokasi pasar karat ni kat tengah tengah bandar batu pahat tak jauh dari pasar besar. Bagi mereka yang dari luar BP, pusing ajelah kat jalan pasar tuu mesti jumpa punya. Hihi jomlah tengok gambar, layannn







Gambar kat atas ni dari gerai bro bad dan kak noi. Biasanya saya akan pergi ke gerai ni dulu sebelum tengok barang barang lain. Hihi bukan ape takut terlepas pulak barang yang kita nak cari. Bro bat dan kak noi ni peramah orangnya, koleksi mereka memang hebat,, kalau nak tengok koleksi mereka boleh lihat di gerobok buruk blogspot.

Ok gambar ni pula dari gerai bro mat,, tak jauh dari gerai bro bad,, mereka ni adik beradik yang meminati hobi mengumpul barang antik,,, woww koleksi mereka memang mantapp,,,







Cuba lihat tuu botol oren yang ada sudu tu,, itulah dia minuman tonik cap gajah yang terkenal zaman 70 an dulu, tak sangka kan,, dapat juga kita tengok bekas botol tonik tu,, saya cuma ada koleksi sudu aje, emak mertua yang bagi.

Bila saya renung balik,, rasanya tak rugi kalau kita jalan jalan  kat pasar karat yang banyak jual barang barang lama nii,, kita pun dapat ilmu bukan saja mengimbau kenangan zaman kanak kanak kita dahulu tapi dapat menambahkan pengetahuan kita tentang koleksi dan hobi rakan rakan sealiran,,, best kan.


Kepada rakan rakan yang meminati barang barang tembaga dan duit lama pun ada juga dijual di sini,,, tapi gambar saya tak ambik laa,,, ok lah ye penatnya saya berceloteh,,, jumpa lagi di lain catatat,, bye bye.

2 ulasan:

  1. selamat hari raya maaf zahir batin /bro bat sekeluarga

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya juga untuk bro bat dan kak noi sekeluarga. Tidak ketinggalan juga untuk bro mat dan keluarga.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...