Khamis, 6 Jun 2013

Pasar Karat Muar

Salam 1 Malaysia kepada rakan rakan pembaca sekelian. Cuti sekolah pun bakal melabuhkan tirainya hujung minggu nii,,, sedar tak sedar dah 2 minggu kita bercuti cuti,,, hihi. Harini nak story masa pulang ke kampung haritu,,, jalan jalan ke pasar karat Muar. Seronoknya dapat cuci mata,,, barang barang kat sana pun mantap dan meletup,,,, memang antik dan lama,,, kepada seiapa yang nak pergi tuu lokasinya kat laluan jalan Muar - Kesang - Melaka ikut jalan lama ye. Dari tepi jalan besar dah nampak dah,,,,. Oh ye pasar karat Muar ni dibuka setiap sabtu dan ahad dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Jomlaa tengok gambar ye,,,,


wahhh beby syahirah cam takut je naik motorr tuu,, hihi takpe papa ade pegang,,,

aduss tak tahan motor kaler merah nii,, cun sangat


siapa sangka kan,, basikal lama , tempayan, guri, tin lama, botol buruk pun dah jadi ratusan dan ribuan ringgit sekarang,,,


barang nii rasanya dari gerai encik Roslan,, seorang peniaga barang lama, beliau juga mempunyai kedai di Melaka Cental,,, semua tip top,,, alahai jubin lama pun ada,, tapi tak sempat ambik gambar,,,haha dah beralih arah dari PML ke tiles lama pulak,,,dah terjangkit ngan yatt precious,, jangan maree yatt,,,



haa,, itupun dia encik Roslan tengah testing radio lama tuu,,,,first time dengar bunyi dari radio lama,,, aduss klasik sungguh,,,,,bila mau dapat daa,,,,hihi



kebanyakan barang PML kat sini semuanya boleh dikatakan ori,,, tak nampak pulak yang repro,,, hebat betul,,,,



alahai penulis pun nak bergambo sat,, kikiki



semuanya barang enamel,, periuk belanga,, dapur lama,,, biskut lama tak hihihi,,,


Gerai pakcik Bakar,, otai barang lama,,, pakcik ni kata dulu dia berniaga kat pasar karat JB,, sekarang tak aktif macam dulu sangat sebab faktor usia ,,,barang barang kat gerai pakcik nii semuanya dasyat,,, , terkesima tengok





  

gambar gambar pakcik Bakar dalam suratkhabar,,,, wah glamour pakcik nii




haritu lepas nampak barang barang tembaga nii,,, saya dan suami pun cuba selongkar kat belakang dapur kat belakang rumah emak,,,terjumpa jugak senduk tembaga, acuan kuih,,, tong racun tembaga pun kami dah asingkan,,, takut jugak kang nanti orang jual besi buruk datang angkut pulak,, kikikiki




hebatkan barang barang tembaga dari gerai pakcik nii,,,,ada yang beratus tahun tuu,,




waa,, tengok tuu adik penulis sedang berbincang mengenai pahar tembaga,,,,haha


Ok lah rakan semua,,,kita jumpa di lain catatan yee,,,, seronokkan cuci mata di pasar karat nii,, tak beli pun takpe,, janji kita dapat menilai betapa berharganya barang barang lama nii,,,, bye

6 ulasan:

  1. salam kak aina...bestnya kalo dapat p sini...cuci2 mata..:)

    BalasPadam
  2. wasalam sya,, memang best sya cuci mata,,, hihi kalau wit terlebih lagi best shoping,, tq sya

    BalasPadam
  3. Salam sy ada dulang dan beberapa lg pekakas tembaga...sy mncarj pmbeli

    BalasPadam
  4. Sy ade telefon lama berminat pm 0182847221

    BalasPadam
  5. Sy berminat tuan..washap sy 0173611559.sy ingin mencari sesuatu,mna tau ada pd tuan

    BalasPadam