Khamis, 13 Jun 2013

Cendol Batu Pahat










Salam dan apa khabar semua,, harini mood rajin pulak. Oleh kerana terlebih rajin harini nak cerita tentang cendol yang sedap kat bandar Batu Pahat. Biasanya kalau balik kampung dan ada kelapangan masa biasanya saya akan melepak kat kedai cendol ni kejap. Kadang kadang tu ramai sangat orang, kena pergi tengok masa lah kalau lunch time memang ramai. Tak mengira kaum kat sini semua bangsa suka dengan cendol yang sedap nii. Rasanya semua lengkap,,,taklah manis sangat dan taklah berlemak sangat.


Kedai cendol nii memang dah lama,, rasanya dari saya sekolah dulu. Apa yang pasti dulu masa kecik kecik bila bapak bawa minum cendol,, ada bangku yang panjang tuu,, tapi sekarang dah takde lagi bangku lama tuu, hahaha yelah masa dah berlalu kan,, banyak juga perubahan kat kedai cendol ni. Dulu meja panjang lama antik sekarang ni meja semuanya daripada bahan plastik.



Jom tengok gambar,,





Fuyoo,, sedap ke Farhan cendol nii,,,,



Inilah tauke kedai cendol ni, namanya pakcik Osman,,turun temurun berniaga cendol dari zaman datuknya lagi. 









 Biasanya sebelum cendol habis dimakan ,, saya dah pesan siap siap untuk bungkus buat bekalan emak dan bapak kat rumah,,, ok cukup sampai sini dulu,,,, bye2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan