Ahad, 14 Julai 2013

Burung, Ayam dan Buaian di Kampung,,,,


Salam 5 ramadan kepada semua rakan pembaca setia WN. Semoga di bulan puasa ini kita diberikan kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t dan dapat mengerjakan segala amalan yang baik baik di sepanjang bulan yang mulia ini.

Teringat kenangan semasa arwah bapa mertua masih sihat dahulu. Beliau memang suka membela burung merpati dan ayam hutan. Setiap kali pulang ke kampung,, memang puas anak cucu lari berkejaran di belakang rumah mengejar anak anak ayam. Riuh rendah rumah atuk dan nenek dengan hilai tawa anak cucu sekelian.

Al- fatihah untuk arwah bapa mertua,, sudah tiga bulan beliau telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.
Semoga beliau di tempatkan bersama orang orang yang beriman. Burung dan ayam hutan tetap dijaga oleh emak dengan baik.










Teringat juga saya, dahulu sebelum rumah burung merpati ni di bina, arwah bapa mertua pun ada membela burung tekukur di dalam sangkar. Bila pagi pagi selepas subuh riuh bunyi burung tekukur ni berbunyi bunyi.
Boleh dikatakan di anjung rumah depan, belakang, anjung dapur semua ada burung. Pelbagai bunyi boleh kita dengar. 

Ini gambar reban ayam pula di belakang anjung dapur.






Selain dari ayam hutan, ayam kampung pun ada. Cuba bayangkan ayam kampung dan anak anak keciknya tuu berlari lari di kawasan belakang rumah,, sambil di kejar oleh cucu cucu  atuk dan nenek.
Gamat betul suasana dengan ketawa mereka dan tiupan angin sepoi sepoi bahasa. Nyaman sungguh udara di kampung.



Bila berkumpul bersama adik beradik yang lain balik ke kampung,, haa inilah kerja anak anak saya dan anak anak buah yang lain,,,bermain di buaian,, duduk duduk melepak di buai (yang ni emak budak dan bapak budak pun join sekali,, hihihi), ada dua buaian kat bawah pokok rambutan nii.









Inilah hero heroin cucu nenek yang suka mengejar dan menangkap ayam.



Sesudah penat megejar ayam,,perut pun lapar,,, macam biasa aktiviti makan makan. Hidangan asam pedas, sambal udang, sambal tumis, ayam masak kicap dari air tangan emak mertua memang the best. Apalagi layan gambar ya,,,sedapnyaaa,,,. 



Jangan tengok lama lama ye, bulan puasa ni. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...