Ahad, 28 Julai 2013

Kumpul Tin dan Sampul Raya

Salam 19 ramadan. Semoga rakan rakan di luar sana sentiasa sihat walafiat di samping menjalani ibadat puasa. Sekejap aje kan kita puasa, pejam celik lagi 10 hari lagi nak beraya. Bermakna tinggal beberapa hari lagi malam Lailatul Qadar akan menjelma. Jom banyakkan membaca al- quran, rakan rakan maya semua. 
Semoga kita dapat menghayati malam Lailatul Qadar ini dengan penuh keinsafan.

 Sebenarnya saya ni takdela kata suka sangat kumpul tin tin biskut, tapi bila terpandang tin tin kartun memang lucu rasanya. Jom lihat tin kartun dari produk P & G ni. Ianya menggambarkan tentang persiapan dan suasana menjelang hari raya di rumah.

















Ok, kalau pembaca sekelian nak mendapatkan tin kartun kat atas tuu, kenalah membeli apa saja barang dari P & G seperti di atas tuu,, hahaha saya beli sabun basuh dynamo, syampoo head & shoulders dan febreze. Mana ada yang lebih tuu, boleh bawa balik kampung,, yelah berhari raya di kampung kan,, so kenalah beli sabun basuh juga,, kesian kat bapak dan emak,, takkan lah kita anak anak nii kedekut nak beli sabun dan febreze kan. 

Ada lagi tin Dik Atan yang saya belum dapat lagi. Haritu tengok kat Giant dah habis stok so tak jadi beli sabun. Kikiki. 

Jalan jalan kat Watson, ternampak pula sampul raya 4 watak kartun nii. Kena beli produk P & G juga dalam 30 hengget baru boleh dapat sepaket. Aduyaii,, suka punya pasal,, so saya pun beli juga shampoo. Nasib baik memang guna jenama shampoo tuu, so taklah terasa sangat. Jadi balik beraya nanti bolehla bawa shampoo ke rumah sendiri dan mertua. So adik beradik, ipar duai, anak buah tak payah nak beli shampoo ye,, dah ada pembekal. Ok cukup setakat ini,, bye2. 


1 ulasan:

  1. sedih...kami beli gak..tp dia ckp head n shoulder xdkira..maka dpt collect 3 je...mmg begang la..huhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...